Thursday, December 30, 2010

unexpected incident

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
 
Kejadian ni berlaku masa kitorang 5 orang satu umah pergi bercuti kat sekitar uk.. Tak taw the exact time berlaku incident ni..Ni cerita dari housemate yg lain sebab diorang balik umah awal sehari dari saya. Ceritanya bila diorang smpai umah dalam pkol 3 pagi (train lewat pagi dari London) keadaan umah truk sgt2 dengan fire alarmnya berbunyi n air menitik-nitik. Apalagi diorang trus gelabah n panik sebab tak taw nak buat camne.. n slh seorg suh kol 911, bile kol operator tu tanya nk ambulans ke x, adoih rupanya num yg betul adalah 999. Sebenarnya diorang nak kol fire department, tp slh nombor..
 
Bila org dari fire departmnt tu dtg n check, dia ckp ada air beku dalam paip.. n then air still mengalir dalam paip tu, tu sebabnya paip tu pecah.. ni disebabkan winter kali ni truk smpai air dlm paip pon bleh beku..Maybe sebab before kitorang keluar umah ari tu kitorang tutup heater tp air still mengalir dlm paip..tp housemate ckp bfore keluar jgk suis utama air dh tutup..so conclusionnya ni adalah air yg memang ada dalam paip tu...Disebabkan paip yg pecah tu dtg dari toilet tgkat atas, bilik yg most affected adalah bilik bawah.. bilik lain Alhamdulillah ok, cuma carpet je bsh.. lebih truk lagi  umah kat sini semua diperbuat drpd kayu, so bila kena air trusla jd kembang n rosak.. semua wallpaper yg kat bhgian bwh tercabut.. wall kat living room pon bocor jugak..

so buat masa skrang kitorang menumpang umah kawan.. mybe dlm dua tiga hari eletrik n air bleh pasang tapi kawasan yg affected tu ambil masa jgk utk repair...
Alhamdulillah jugak time kejadian ni jadi kitorang satu umah xda kat umah, kalo tak, tak dapat bayang ape nak jadi...Allah memang Maha Penyayang.. dan sy yakin ada hikmah semua ni terjadi... +_+
 
   (ceiling yg dh retak)
      (kawasan depan tangga)
                         
(bilik yang paling truk kena - bilik ni bawah toilet)

                               (paip yg  pecah - plumber tu ckp dia jumpa 3 lubang kat batang paip)           
                                      
---->>> "pun yng menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." 
(64: 11)

Wednesday, December 15, 2010

HOOREY!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
 
Alhamdulillah mggu ni adalah minggu last ada kelas before cuti for three weeks..YAHOOOO..
 (sangat cepat masa berlalu padahal baru jer fly bulan 9 ari tu)

check list preparing for this holiday :
  • assignment              = done (alhamdulillah)
  • planning for holiday = setel
  • booking ticket         = setel
  • collecting ticket       = done trying to do it this week

check list for this holiday :
  • money    = insyaALLAH cukup
  • shopping = byk org kirim ni (+_+)
  • booking ticket to go back home this summer = to get cheaper price
  • meeting some friends = PMS here i come ^_^
  • jaulah ski = Scotland again :)
  • upcoming exam = ready? erk, not sure
  • lain-lain  = still thinking
hari ni jugak dpat parcel yang order last week - mainan LEGO... sebenarnya nak beli untuk satu-satunya anak saudara - Batrisya, tapi macam tak sesuai sangat sebb nanti takut dia telan pulak lego tu bila main.. nanti cari mainan lain la untuk dia... lagipun lego tu sesuai untuk umur 4-7 thun so alang-alang tu mak cik dia la yang main dulu plus memang bosan duk kat dalam bilik mengadap facebook je ari-ari *_*

alala siannya batrisya, nanti cik ani beli mainan lain ea

lego yang berterabur
tada!! ni antara hasil drpd lego yg dibeli


main lego sebenarnya best jugak.. dahla teringat time kecik-kecik sebab dulu slalu je main lego nih..masa duk tengah susun tadi terpikir jugak mana semua lego yang main masa zaman kecik2 dulu..mesti dah buang masa pindah umah dulu..rugi je sebab lego dulu lagi best siap ada kapal layar lagi, siap boleh berpicnic lagi.. 
ape-ape pon dapat jugak ilang tension buat assignment tadi + rasa happy sebab dh siap assgnment n mcm2 sebab lagi =)

--->>> "dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis" (53:43)

Tuesday, December 7, 2010

saLam Maal Hijrah 1432

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
 
Masya ALLAH cepatnya masa berlalu.. tup2 dah masuk tahun baru utk bulan islam iaitu 1 Muharram.... banyak perkara yang perlu di'upgrade'kan kalau nak difikirkan kembali apa yang kita buat sepnjg tahun lalu...
dah berapa kali khatam quran tahun lalu? ataupun dh byr ke semua hutang2 kita (tak kiralah dgn ALLAH ataupun manusia)? hopefully this new year will give a high spirit to everyone (myself, family n friends) to be a better muslim or muslimah and can contribute to others...amiin
 
Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan,  segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.
 
 ---->>>  Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.


Monday, December 6, 2010

GlaSgow

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah weekend yg lalu dpt melawat Glasgow, Scotland utk pertama kalinya.. plus first time naek train kat UK ni.. erm kalo first time ni mestilah excited sikit ea hehe...train dia mmg best kalo nk compare ngan malaysia punya sbb kalo kat malaysia, yg handle psl train just ktm je tp kalo kat sini byk jenis company..
first time naik train pon byk jgk bnda jadi sbb sekarang snow still tbal lagi, so ari tu train asal mmg dh cancel tp dpt naik train lain dgn transit ke Edinburgh dulu...pastu balik ke newcastle pon mcm tu jgk tapi 3 kali tukar train sbb ad snow...syukur tak terkandas kat mana2..

(pandangan dari dalam train otw nak transit ke edinburgh)

Ape buat kat Glasgow ea?? sbnrnya g sana sbb ada prog n talk.. lgpon pergi sn nk jmpa kwn yang study kat Aberdeen.. Alhamdulillah hospitaliti kat glasgow mmg best.. tp sgan sgt dgan akak2 yg layan baik sgt sbb katanya kita ni dtg dari jauh nk compare dgn org lain yg study kat scottland ni..thanks akak2 ea ^__^

alhamdulillah banyak pengisian yg dapat spnjg dgr talk kat sana.. n for the first time dgar ceramah in english sbb jmputan yg bagi talk tu bkn orang melayu.. first2 ingat susah nk paham tp ok jer n dpt jugak paham...nk share satu ayat dari surah al-Israa'

" Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." (17: 70)

Maksud "...angkut mereka di daratan dan di lautan" - ALLAH mudahkan pengangkutan kita di dara
t mahupun di laut untuk menyenangkan kehidupan kita. Sebagai manusia kita seharusnya bersyukur dengan semua nikmat dan anugerah yang dikurniakan oleh ALLAH swt.. 'iman = the key for our personality'

(suasana selepas talk)

(o_0)

(with adawiah)


(selingan - dua big bear di tempat yg berlainan + org berlainan)

--->>> "The more struggle you do (mujahadah), the happier u will get (dunia n akhirat)"