Sunday, November 18, 2012

Jom Solat Dhuha!!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah kali ni nak share pasal kelebihan solat dhuha dan cara-cara nak praktikkannya. Solat sunat dhuha tergolong dalam solat sunat mua'kad (yang sangat dituntut). Rasulullah saw selalu mengerjakannya dan menyarankan serta mewasiatkan para sahabatnya agar melaksanakan solat sunat dhuha ini.

Daripada Abu Hurairah ra berkata:
Kekasihku SAW telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku: berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur.
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no:1981


Secara ringkas fakta solat dhuha yang kita kena tahu (harap diperbetulkan jika salah):

Waktu (bermula): 20-28 minit selepas syuruk (naik matahari) aka selepas habis waktu subuh
           (berakhir): 10-15 minit sebelum masuk waktu Zuhur 
-waktu paling afdhal ialah sewaktu matahari panas terik  
-- Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi)

Bilangan rakaat : 2, 4, 6, 8 atau 12 (sekurang-kurangnya laksanakan 2 rakaat)

Niat : "Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Bacaan sesudah al-fatihah (yang disarankan) *
Raakat 1 : surah As-Syams
Rakaat 2 : surah Ad-Dhuha

*boleh juga membaca mana-mana surah dari Al-Quran jika tidak menghafal surah-surah tersebut 

Doa selepas solat dhuha sangat-sangatlah disaran untuk baca kerana maksudnya sangat best dan dimulai dengan pujian kepada Allah SWT. Bagi yang susah nak hafal, just bukak you tube taip



Best kan lagu dia, in shaa Allah lama-lama duk ikut dan dengar nanti akan ingat. ^_^ 

Solat sunat dhuha merupakan perbuatan yang diibaratkan ganti kepada sedekah seperti dalam hadis di bawah: 

Daripasa Abu Dzar ra, rasulullah SAW bersabda: 
" Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk ruas tulang badanmu. maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebgai ganti daripada semua itu, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha."
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

In shaa Allah jadikan amalan ini setiap hari secara istiqamah seperti kita sentiasa memberus gigi setiap hari :)
 Antara fadilat- fadilat solat sunat ini ialah semestinya untuk mendapat keredhaan daripada Allah swt dan dimurahkan rezeki. Perlu diingatkan setiap amalan yang kita lakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt bukan semata-mata untuk mendapat rezeki yang banyak. Antara fadilat lain:

  • Daripada Abu Hurairah ra, rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan."
  • Rasulullah SAW bersabda" "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan 'Dhuha'. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: "Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silalh masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah." (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis lain dari Nuwas bin Sam'an, "Allah berfirman: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya." (HR Hakim dan Tabrani)

-credit to fadhilat dhuha


Jangan jadikan alasan busy atau tak ada masa terluang sebagai penghalang untuk buat solat sunat dhuha. Tak akan ada yang kena belajar atau bekerja tanpa rehat. Gunakan waktu rehat tu sebaik-baiknya dengan buat solat sunat ni, bukan dihabiskan masa rehat dengan makan dan berbual kosong sahaja. Paling lama pon ambil masa 15 minit je. Kalau kelas start pukul 9, before pegi kelas tu bleh buat.

 In shaa Allah ketenangan hidup dan keredhaan Allah yang kita cari akan diperolehi jika kita pun bersungguh untuk ke arah itu. Duit bukan segala-galanya jika hidup tak tenang. betul kan? contoh kalau pakai kasut/ baju baru tapi nmpak orang lain lagi cantik apa gunanya. So rezeki yang kita cari bukan semata-mata duit tapi kebahagiaan hidup dengan menjadi manusia yang lebih bersyukur dan menghargai apa yang ada. In shaa Allah :) 

Wa Allahu A'lam.



No comments:

Post a Comment