Sunday, June 26, 2011

KMB + NUMed

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
 
Alhamdulillah sempat tulis lagi hari ni even though tgh bz packing brg utk blik Malaysia :))

Ok, kali ni entry xdala berkisar sgt pasal title tu tapi nak share ape yg dh lalui dlm masa beberapa thun tu..

KMB

KMB ni short kpd Kolej Mara Banting, yg mostly students yg dsponsor oleh Mara byk kat situ.. tapi ada je bdak under petronas, felda or jpa.. tapi nak cakap kat sini, dulu masa mula2 dpt taw dpt offer Mara buat preparation utk ke overc kat KMB tu blurr la jgak.. sbb dia tulis kena buat International Baccalaureate(IB) Diploma for two years... dahla first time dgr psal IB pastu pling lama pulak tu buat foundation.. schoolmate yg laen ad dpt offer preprtn utk ke oversea less than two years.. tak aci jugakla.. 
 
Ayah ngan mak pon macam tak puas hati jugak sbb lama sgt.. sebab kalo ambik medik kat Msia, terus je masok matrikulasi sthun ataupon asasi sains sthun pastu dpt smbung degree trus.. ni kira2 bazir jgkla masa nk grad.. budak timur Tengah lgi best 3 bulan je preparation pastu trus boleh fly..

Tapi nak buat macam mana dh dpt macam tu.... Selalu ketinggalan zaman jugak sbb tak tahula KMB ni tempat yang semua org nak pegi, lepas masing2 dpt offer trus tanya diorang, pastu diorang pon bagitahula KMB tu best bla bla bla.. Kalau nak taw psal life kat KMB tu rasenya banyak je blog2 laen yg dh gtaw.. heheh

 
NUMed Malaysia

NUMed ni singkatan kepada Newcastle University Medicine Malaysia..Herm, saya masih lagi hijau untuk bercerita pasal life as a NUMed student.. kat sini bukan nak share ape yang best bila dapat belajar oversea tapi ape yang best psal NUMed...

As generally know that I am the last batch NUMed yang akan dapat chance belajar medic kat Newcastle punya induk kampus kat UK.. So my juniors akan terus further their studies kat Johor Darul Takzim.. Sebabnya, kampus baru kat Johor baru siap tahun ni, so first batch NUMed yang dua tahun dah belajar kat UK (im second batch) akan sambung clinical years (third until fifth year) kat Johor with first year students... So kitorang inshaAllah kalau tak ada masalah Ogos 2012 baru start belajar kat Johor..
 

KMB + NUMed

Ok ni yang paling susah ckit sebab semua orang ada cita2 nak jejak kaki ke oversea tak kisahla mana2 aslkan boleh fly.. So bila ada yang dapat offer letter tulis NUMed Malaysia and buat IB kat KMB terus akan ada perasaan down ckit.. sebab dahla orang cakap buat IB tu susah tuptup belajar medic kat Johor je.. rumah pon dahla dekat JB jugak.lagi frust.. even negeri pon tak keluar.. Tapi firstly, apa2 pon ingat yang there is always a reason for this...

Ramai yang takut menyesal kalau accept offer tu lagi2 dh ada yang nak sponsor.. bila pikir2 balik baik buat medic kat Msia je lepas matrik so on and so on.. xdala penat nak belajar or bazir masa kat KMB, kan kan?? kalau duk kat tmpt diorang pon akan ada rasa macam tu.. 
 
Kalau still tak yakin buat solat sunat istikharah.. jangan down lama2 sebab tak dapt peluang ke overc, maybe peluang tu akan tiba next time bila buat masters, Phd or holiday.. (senangla cakap sbb dh flykan?)- true tapi dah fly pon banyak dugaan dia sbb byk benda yg kita kena pikir bila duk negara orang..
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati" (2:277)
 inshaAllah..semua bnda yg kita risau tu adalah mainan setan... try tengok the bright side.. NUMed sebenarnya best sebab cara belajr dia lain dari uni lain instead dapat belajar kat kampus baru..

 Herm.. kpd sape2 yang baru nak masuk KMB utk apa2 course, congrates for u guys.. make ur family n urself proud.. jgan banyak pkir sgt utk sape2 yg dpt KMB + NUMed ..
Kpd yg dh nak masuk second year, cherish ur life there to get the most memorable experience sbb lps ni tak da dah jumpa cikgu2 yg the best mcm kat KMB..
 
 
--->> "Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami..." (35:34)
 
 

Friday, June 24, 2011

Not Totally Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah, baru je dua hari smpai Newcastle blik lepas pergi jalan-jalan.. Orang cakap time duk oversea la jalan puas2 tgk tempat orang... Sempat jugak la berjalan2 kat Italy, Spain n German, tak lupa last destination Edinburgh...Niat holiday pon kena betul jugak kalau tak nanti banyak la benda menyesal, duk merungut, tak puas ati la or membzir..
 Alhamdulillah walaupun holiday pergi tiga orang je (including me) semuanya berjalan macam dalam plan (terlebih bajet ckit tu biasala)... Setiap tempat ada dia punya attractions, tapi banyak2 tempat jalan, paling best for me dekat Spain.. sebab kat situ banyak tinggalan bangunan masa Islam bertapak kat situ... Alhambra la tempat buat semua orang kagum dengan seni ukiran ayat-ayat Al-Quran kat setiap ceruk dinding(boleh tengok gambar2 kat bawah)...mostly perkataan yang diukir kat dinding/tiang kat situ-  
"wa laa ghalib ila Allah" - "dan tiada penakluk yang bekuasa melainkan Allah"

Tujuannya adalah untuk mengingatkan Sultan dan rakyatnya bahawa hanya Allah je yang Maha Berkuasa walaupun ketika itu digelar Zaman Keemasan Islam.. Sunnguh merendah diri pemerintah dan rakyat ketika itu jauh jika nak dibandingkan dengan zaman sekarang...

(ni kat dinding)
(cantik kan!!)
(abaikan orang di dalam gamba itu)

 Ok lupakan pasal holiday.. sekarang kurang dari dua minggu je lagi untuk kami (me n Nabilah) pulang ke Malaysia HORAYY!! Hope semuanya selamat... Tapi kena stay KL dulu dua hari before betul2 smpai kat umah (Klate).. 
So terpaksala tumpang umah akak2 dulu (kalau diorg ada, kena konfim balik ni)...
InshaAllah blik nanti nak ambik lesen kereta so nanti bila nak clinical years kat Johor senang ckit bleh drive nak pegi hospital (huhu berangan lebih).. pastu puasa.. pastu raya.. best2.. 

(p/s: Doakan utk kesihatan nenek yang tengah terlantar sakit, semoga penderitaannya dikurangkan oleh Allah, amiin) 

--->> "Hasbunallahu wa ni`mal Wakil''
[Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).]''
'Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadanya segala urusan kami)'
(3:173)