بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Alhamdulillah berjaya jugak
buat part 2 kali ni.. sape nak baca part 1 bleh tekan kat sini (part1)
camne nak start yang ni
ea.. tapi basically ni nak crite time kitorang punya last visit patient tu ..sedihnya :( dah last.. kebetulan time hari visit
tu adalah time start minggu Discover Islamic Week
(DIW) dekat kita punya universiti.. memang sangat kenalah timing
dia..
DIW tahun ni better dari
last year sebab kali ni ada khemah besar depan student union kitorang, lagi
satu tempat tu pon main place untuk student lalu lalang.. kat dalam khemah tu
ada la orang yang ditugaskan untuk layan sape2 yang masuk.. ada pameran,
buku-buku islamic free dan ada snack free.. :) ada jugak talk tapi bukan kat
dalam khemah tu...
So memang nak sangat ajak
dia masuk kat dalam khemah tu.. dah aim la nak ajak dia masuk lepas
kitorang punya visit.. nak ajak ni susah sikit sbb takut kena reject (sy ni orangnya akn terus down kalo orang reject pape)
(ni poster DIW baru-baru ni) |
pastu masa on the way nak
pegi tu konfirm akan lalu kat tempat tu, dengan beraninya ajak dia masuk dalam
khemah tu bila dah nak balik nanti.. alhamdulillah respons pon baik, dia cakap
ok, nak jugak taw apa ada kat dalam.. pastu dengan semangatnya cakap yang DIW
ni interesting, bla bla2.. terus rasa tak sabar nak balik...
ok ni lepas abis visit
patient tu.. kitorang biasanya akan naik metro aka ktm tapi ktm buruk sangat,
ok lrt.. heheh, masa nak tunggu tu tak taw perasaan semangat nak cerita datang
dari mana ntah tanya dia macam2.. dia pon tanya macam2..
first tanya kat dia, dia
percaya ke pasal after life (akhirat), pastu dia cakap tak, dia cakap kalau
mati, dah, tu the end untuk dia... pastu bagitaw kat dia yang first time ada
kawan yang tak percaya after life,
masing-masing gelak hehehehe ok abaikan. then tanya dia balik kenapa
tak percaya after life? dia bgtaw apa entah tapi basically dia bagi taw benda
tu merepek je.. pastu tanya lagi so ape opinion orang yang percaya after life
macam kita semua, ayat dia lebih kurang macam ni la : so what do you think
about people believing in after life? you think we crazy or what.. haha sori la
kalau cara tanya salah sebnarnya, dia punya jwpn dia cakap yang setiap orang
ada kepercayaan masing-masing, so tak dala crazy ke ape..
dia ada tanya pernah ke
belajar pasal agama lain, time tu macam blurr kejap sebab rasanya ambik
pendidikan islam je kat sekolah, tp time kmb ada orang yg revert datang bagi talk, so
cakap kat dia yang ada orang datang cerita experience dan buat comparison pasal
agama lain, bila dia tanya kenapa orang tu revert, terus blank sebab tak ingat,
arghh teruk jugak rasa time tu sebab tak dapat bagi contoh sebab diorang ni
peluk agama islam..
(ok ni selingan jer.. ni adiah dapat for my birthday on 9th march, from my lovely friend in india-mahira!! :) suka sangat!! thanks yer ) |
pastu
metro tu pon sampai,
kitorang pon masuk n duduk heheh.. kat dalam tu pon borak lagi pasal
Islam,
memang Allah lancarkan terus la kami punya conversation.. selama ni tak
confidence pon nak ckp english tp time tu terus berubah.. siap tanya
lagi dia taw
ke kenapa kitorang pakai tudung walaupun
diri sendiri tak sure nak cakap ape, bila dia cakap tak taw tu baru terasa
padan muka memandai bg ques tp tak pandai nak explain.. cakpa je sikit2 yang
mampu, yg first rasa macam di'protect' dari apa2.. then bgtaw yg only close
family member je dpt tengok rambut kita cth ayah, abang, and spouse.. so macam
preserve la dari orang lain, and ada jugak rasa special sebab certain orang jer
taw apa ada dsebalik tudung hehehe..
pastu dia tanya pulak
kenapa ada certain yg pakai burqa=purdah..
mula2 tak taw burqa tu apa sebab taw nama lain dia niqab so kat situ pon dah
malu sikit.. lagi satu tak taw nak bagi jawapan apa sebab kita sendiri pon tak
pakai.. tapi antara jwpn bg sebab biasanya orang2 cantik pakai nak protect dari
laki2 pandang diorang, terus dia tanya yang tak pakai tu tak cantik ke? =_='
haish susah bila tak pandai nak jawab ni.. cakap balik kat dia mostly cantik
and orang lain pon cantik jugak..
next dengan lantangnya
tanya dia opinion pasal label orang islam sebagai terrorist, ni pon soklan yg
dalam kepala otak tak ada jawapan.. tapi bagus jugak dia jawab yang dia cakap
sebenarnya orang guna religion as an excuse untuk kepentingan benda atau ada
tujuan lain.. so tak patut cakap orang islam ni terrorist... anguk2 kat dia...
bila dia tanya kita balik cakap terus yg agree dgn dia hehehehe.. tambah sikit
yang tak semua orang islam baik perangainya, ada jugak yang salah praktis agama dll, tapi tak semua
orang islam jahat.. mcam org lain jugak ada bad and kind people.. huh tak taw betul
tak cakap tu..
before
nak smpai khemah DIW
tu bagi taw yang kitorang bukan nak suruh orang yang masuk dalam tu
terus masuk
Islam or pape tapi just untuk leraikan or jawab tentang apa yang dia
confuse
pasal islam..ok ni bila kitorang smpai and terjah khemah tu, time tu
baru nak
masuk maghrib so orang macam kelam kabut sikit nak pegi mosque, tapi
still ada
orang layan lagi.. mula2 masuk awkward jugak sebab segan nak jumpa orang
kat
dalam tu tapi bila kita segan mesti dia lagi segan.. so buat la muka tak
malu
kejap pegi approach orang kat situ.. diorang pon offer minum tea pastu
ajak dia
baca2 bahan pameran tu.. cakap jugak kat dia kalau nak tanya pape pasal
islam
boleh tanya brother yang tengah pandang kitorang, tapi dia cakap tak pe
you are here to answer it.. terus macam errr.. dgn humblenya bagi taw
yang my answers
may be not the best answers >.<
bila dia baca bhn2 kat situ dia
perasaan yg bila sebut Nabi Muhammad mesti ada pbuh (peace be upon him) kat belakang, dia tanya la
kena baca ke tiap kali sebut nama Rasulullah, jwbla a ah kena baca tapi bukan
maca pbuh tu, tapi baca salallahu alaihi wasallam..
terus dia tenganga sebab baca cepat sangat kat dia.. ulang balik, tapi still
laju jugak, lebih kurang 3 4 kali baca kat dia sebb dia nak try baca, bila
perasan baca laju sangat try baca one word by word.. baru la bleh ikut sikit..
hehe kelakar jugak bunyi dia baca tapi yang penting effort tu ada...
satu lagi interesting bila
kitorang pegi booth yg buat khat.. ada
brother tu tengah tulis nama sorang ni, bila taw free terus ajak dia skali
untuk tulis nama... dia pun nak jugak taw nama dia dalam bahasa arab, berjaya
jugak la dapat sorang satu nama, tapi lupa nak ambik gambar nama dia..
(hehe patut nor hazwani, ntah jadi nor khazwani lak, layan je la) |
Alhamdulillah sempat jugak
bagi satu buku yang interesting kat dia, buku tu ada semua pasal islam, women
in islam, dan jugak scientific finding yang dijumpai sama dalam al-quran..
hopefully one day dia akan baca.. dia ada jugak tanya al-quran tu macam mana
bentuk dia, kebetulan ada quran tafsir kecik kat situ terus tunjuk kat dia,
ingat nak bagi tapi risau pulak takut nanti dia simpan quran tu kat tempat2 tak
elok, so that's why bagi buku tu je.. lg pon byk colour2 dalam tu.. rasanya
berminat nak baca kot..
(jeng jeng jeng!! ni la buku nya!, kita semua patut baca taw, best!! ) |
emm entri ni agak panjang
jazakumullah kepada sape2 yang sudi baca, hopefully kalau ada salah silap boleh
aje bagi taw.. inshaAllah next week 5hb april akan menunaikan umrah jika diizinkan-Nya,
mohon doa permudahkan segala urusan rombongan kami di sana.. inshaAllah akan
didoakan kejayaan di dunia dan di akhirat buat family,sahabat2, and tak lupa
juga pembaca blog ini ^_^ ...amiin..