Monday, April 8, 2013

Kisah Nabi Ya'qub a.s. (ayah Nabi Yusuf a.s.)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah dapat jenguk semula blog yang dah nak berhabuk ni, disebabkan terlalu busy dengan assignment dan study, baru sempat untuk tulis entri pada tahun 2013.

Kali ni inshaAllah akan bercerita mengenai kisah Nabi Ya'qub a.s. Rasanya tak ramai yang tahu kisah nabi Allah ni, atau yang taw pun tak berapa detail iaitu cuma tahu Nabi Ya'qub ayah kepada Nabi Yusuf a.s...nak tahu macam mana Yusuf, Bunyamin dan saudara-saudaranya dilahirkan, kena baca smpai habis =)

Apa yang diceritakan di sini berdasarkan pembacaan dalam buku  Sejarah & Kisah Nabi-nabi dalam Al-Quran oleh Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi m/s272-279
 
Ibnu Katsir berkata: "Ahli kitab menyebutkan, Ishaq berkahwin dengan Rifqa (anak perempuan Tawabil), iaitu pada saat ayahnya (Nabi Ibrahim a.s.) masih hidup. Pada waktu itu ishaq berumur 40 thun dan isterinya Rifqa seorang wanita yang mandul, kemudian Allah memakbulkan doa Ishaq agar Rifqa hamil. Rifqa melahirkan dua anak kembar, Aishu (nama Arabnya 'Aish), nenek moyang bangsa Rom, dan Ya'qub, nenek moyang Bani Israel."

 Berdasarkan ahli kitab, Aishu disayangi oleh bapanya kerana dia lebih besar dan pandai berburu,
manakala Ya'qub disayangi oleh ibunya kerana dia anak yang paling kecil.

[gambar hiasan- pemandangan waktu dhuha diambil dari puncak Gua Hira' ]

Semasa Ishaq tua dan penglihatannya kabur, dia meminta Aishu untuk berburu mencari makanan. Selepas dia berangkat, Rifqa menyuruh Ya'qub menyembelih dua ekor kambing dan memasak keduanya menjadi makanan kesukaan ayahnya. Ya'qub memberikan makanan tersebut sebelum Aishu tiba dengan memakai pakaian yg dipakai Aishu dan memegang dua ekor kambing di lengannya dengan ekornya di letak di lehernya kerana bau badan Aishu lebih menyengat daripadanya. Ayahnya bertanya siapa kamu setelah dia mendekati ayahnya. Ya'qub berkata: "Anakmu". Ishaq memeluknya dan berkata di dalam hati "Suara adalah Ya'qub tapi bau dan pakaiannya adalah pakaian Aishu."

Ishaq mendoakannya agar Allah memperbanyak rezeki dan anak Ya'qub setelah selesai makan.
Tapi Aishu datang membawa makanan yang ayahnya suka tetapi ayahnya telah makan dan mendoakan anaknya. Aishu sangat sedih bila dapat tahu Ya'qub mendahuluinya dan berjanji akan membunuhnya apabila Ishaq meninggal dunia. 

Ibunya, Rifqa mendengar kata-kata Aishu dan menyuruh Ya'qub pergi ke rumah saudara lelakinya, Laban yang berada di tanah Harran. Semasa dalam perjalanan, Ya'qub tertidur dan bermimpi langit terbelah dan turun para makaikat dan ada juga yg naik. Lalu Allah s.w.t berfirman "Sesungguhnya Aku akan memberkatimu dan memperbanyak anak dan cucumu. Dan Aku jadikan untukmu bumi ini dan keturunanmu setelahmu."

 Setelah terjaga, Ya'qub terus bernazar akan membangun tempat ibadah kepada Allah jika dia kembali kepada keluarganya dengan selamat. Dia menandai tmpat tersebut dengan batu minyak dan dinamakan dengan Baitul Iliya (Baitullah). Kawasan ini merupakan Baitul Maqdis pada hari dia membangunkannya.

Ya'qub sampai di rumah bapa saudaranya, Laban, di tanah Harran. Laban mempunyai dua anak perempuan, Lia (yg sulung) dan Rahil. Lia bermata sepet manakala Rahil lebih manis dan cantik. Ya'qub mahu meminang Rahil tetapi Laban menerima pinangan tersebut dengan satu syarat, iaitu menggembala kambing selama 7 tahun. Lepas 7 tahun, Ya'qub dikahwinkan dengan anak perempuan Laban, Lia bukan Rahil kerana adat mereka untuk menikahkan si kakak. Ya'qub merasa tertipu tetapi dia telah berkahwin dngan Lia.

So nak tahu Ya'qub kahwin jugak ke tak dengan Rahil, kita sambung nanti yerr bersama kisah mukjizat Nabi Ya'qub... ^_^

bersambung......
   
-credit to Sejarah & Kisah Nabi-nabi dalam Al-Quran oleh Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi m/s272-279



 

No comments:

Post a Comment