بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Alhamdulillah, dapat sambung tulis walaupun plan nak tulis sehari after post part 1.
Kalau hari tu sempat cerita smpai nabi Ya'qub a.s berkahwin dengan Lia, tapi dia mahu berkahwin dengan adik Lia, Rahil. Setelah ya'qub memberitahu bapa saudaranya yakni bapa mertuanya, Laban yg dia bertegas untuk kahwin jugak dengan Rahil, bapa mertuanya memberitahu yang dia perlu bekerja selama 7 thun lagi baru bernikah dengan Rahil.
Pada saat itu, Ya'qub masih mengikut agama mereka yang terdahulu, yang menyatakan tiada larangan untuk berkahwin dengan kedua adik dan kakak sekali gus. Mereka berdua mendapat hadiah hamba perempuan dari ayahnya, Lia mendapat Zalfa dan Rahil mendapat Balha.
Allah menutup kelemahan Lia dengan memberikan dia keturunan iaitu 4 orang anak lelaki - Rubial, Syam'un, Lawi dan Yahuda. Rahil berasa cemburu, dan menyerahkan hambanya kepada Ya'qub sehingga mendapat dua org anak - Dana dan Niftali. Lia juga menyerahkan hambanya kepada suaminya sehingga mendapat 2 orang anak lelaki- Jada dan Asyir. Manakala Lia hamil lagi dan melahirkan 2 orang anak lelaki dan seorang perempuan.
Rahil berdoa kepada Allah agar memberikannya zuriat, sehingga dimakbulkan dan dikurniakan anak yg cantik- Nabi Yusuf as. Kemudian Rahil hamil lagi dan melahirkan Bunyamin.
Keseluruhannya, Nabi Ya'qub dikatakan mempunyai 13 orang anak- 7 dari Lia, 4 dari hambanya, dan 2 dari Rahil. Selepas Rahil melahirkan Bunyamin, dia meminta untuk diceraikan, hingga akhirnya Rahil meninggal dunia. Nabi Ya'qub menguburnya di Afrats iaitu Bait Lehem dan menandakan kubur itu dengan batu, dan batu masih ada smpai sekarang.
-credit to Sejarah & Kisah Nabi-nabi dalam Al-Quran oleh Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi m/s272-279