Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Jom Solat Dhuha!!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah kali ni nak share pasal kelebihan solat dhuha dan cara-cara nak praktikkannya. Solat sunat dhuha tergolong dalam solat sunat mua'kad (yang sangat dituntut). Rasulullah saw selalu mengerjakannya dan menyarankan serta mewasiatkan para sahabatnya agar melaksanakan solat sunat dhuha ini.

Daripada Abu Hurairah ra berkata:
Kekasihku SAW telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku: berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur.
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no:1981


Secara ringkas fakta solat dhuha yang kita kena tahu (harap diperbetulkan jika salah):

Waktu (bermula): 20-28 minit selepas syuruk (naik matahari) aka selepas habis waktu subuh
           (berakhir): 10-15 minit sebelum masuk waktu Zuhur 
-waktu paling afdhal ialah sewaktu matahari panas terik  
-- Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi)

Bilangan rakaat : 2, 4, 6, 8 atau 12 (sekurang-kurangnya laksanakan 2 rakaat)

Niat : "Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Bacaan sesudah al-fatihah (yang disarankan) *
Raakat 1 : surah As-Syams
Rakaat 2 : surah Ad-Dhuha

*boleh juga membaca mana-mana surah dari Al-Quran jika tidak menghafal surah-surah tersebut 

Doa selepas solat dhuha sangat-sangatlah disaran untuk baca kerana maksudnya sangat best dan dimulai dengan pujian kepada Allah SWT. Bagi yang susah nak hafal, just bukak you tube taip



Best kan lagu dia, in shaa Allah lama-lama duk ikut dan dengar nanti akan ingat. ^_^ 

Solat sunat dhuha merupakan perbuatan yang diibaratkan ganti kepada sedekah seperti dalam hadis di bawah: 

Daripasa Abu Dzar ra, rasulullah SAW bersabda: 
" Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk ruas tulang badanmu. maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebgai ganti daripada semua itu, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha."
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

In shaa Allah jadikan amalan ini setiap hari secara istiqamah seperti kita sentiasa memberus gigi setiap hari :)
 Antara fadilat- fadilat solat sunat ini ialah semestinya untuk mendapat keredhaan daripada Allah swt dan dimurahkan rezeki. Perlu diingatkan setiap amalan yang kita lakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt bukan semata-mata untuk mendapat rezeki yang banyak. Antara fadilat lain:

  • Daripada Abu Hurairah ra, rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan."
  • Rasulullah SAW bersabda" "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan 'Dhuha'. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: "Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silalh masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah." (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis lain dari Nuwas bin Sam'an, "Allah berfirman: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya." (HR Hakim dan Tabrani)

-credit to fadhilat dhuha


Jangan jadikan alasan busy atau tak ada masa terluang sebagai penghalang untuk buat solat sunat dhuha. Tak akan ada yang kena belajar atau bekerja tanpa rehat. Gunakan waktu rehat tu sebaik-baiknya dengan buat solat sunat ni, bukan dihabiskan masa rehat dengan makan dan berbual kosong sahaja. Paling lama pon ambil masa 15 minit je. Kalau kelas start pukul 9, before pegi kelas tu bleh buat.

 In shaa Allah ketenangan hidup dan keredhaan Allah yang kita cari akan diperolehi jika kita pun bersungguh untuk ke arah itu. Duit bukan segala-galanya jika hidup tak tenang. betul kan? contoh kalau pakai kasut/ baju baru tapi nmpak orang lain lagi cantik apa gunanya. So rezeki yang kita cari bukan semata-mata duit tapi kebahagiaan hidup dengan menjadi manusia yang lebih bersyukur dan menghargai apa yang ada. In shaa Allah :) 

Wa Allahu A'lam.



Wednesday, October 31, 2012

Saaaaaayang Umi, Mmmmuah!! xx


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Hello! Rasanya dah lama tak update blog ni, maybe ke'busy'an sebagai medical student? ataupun tak ada cerita baru? Adaaaa, cuma malas heee
Firstly nak bagitau yang diri ini telah kembali menyambung pengajian di kampus NUMed Malaysia kat Nusajaya Johor. Alhamdulillah kalau nak compare mestila best belajar kat Malaysia!! :) sebabnya dapat balik umah selalu, even Kelantan ngan Jb tu jauh tapi setakat ni dah dua kali balik rumah (within 1 month) dan sekali pergi Puchong, jalan-jalan umah my twin sisters. Hehe

Satu lagi best sebabkan NUMed ni salah satu IPTS, so bangunan dia memang lawa dan cantik, toilet, surau semua best! Lecture theatre pun first class, sama taraf macam UK punya Newcastle Uni. Lunch pun dah boleh makan nasi dgn lauk banyak-banyak as semua HALAL ^_^
So setakat ni no complain, Alhamdulillah. NUMed pun dekat dengan Legoland, jadi tak der la isolated sangat tempat ni..

[view from numed cafe- lunch time]

Okla back to the topic, sebenarnya nak cerita pasal umi, ibu, mama atau apa2 la yang kita semua panggil kat emak kita. Cuba try reflect balik diri kita, pernah tak cakap kasar atau marah kat emak kita? mesti semua pernah kan? For my mom, she always lost her glasses, and always ask everyone to find for it. Kadang-kadang pernah jugak cakap nanti gantung spec tu kat leher atau letak kat tempat yang sama ke atau marah kenapa selalu lupa etc.

Bila fikir balik, umi lah yang paling banyak ingat benda kat dalam rumah tu. Contohnya, umi selalu ingat hari apa lori sampah akan pick up smpah2 kat luar rumah so that boleh kumpul kan sampah kat luar (lori sampah datang selang 3 hari- alamak ye ke?) . Umi juga ingat dan tahu bila stok-stok dalam rumah akan habis (sabun, gula,ayam, ikan dll) Ari tu siap tahu lagi ikan apa yang tak ada dalam fridge 
(Hebat kan!)

Semua contoh-contoh ni biasanya akan sama dengan emak2 kita semua kan? 
Dan pastinya semua mak kita hebat-hebat, betul tak?
So, konklusinya, apa salahnya jika umi lupa satu je yang berkait dengan dirinya iatu her glasses sebab umi dah banyak ingat benda lain yang ada dalam rumah.

Sebagai pengajarannya, jangan cepat melatah bila umi / emak2 kita suruh kita tolong dia sikit. Memang tak akan dapat balas jasa mereka sebab kalau nak dikirakan memang banyak pengorbanan mak kita untuk keluarga.

Jangan juga merungut jika mak masak masakan yang sama atau tak sedap sebab bila dah rasa diri tu besar memanjang, pergila tolong mak kat dapur, baru tahu susah nak pikir menu untuk setiap hari.

Hargailah mak kita selagi mereka masih ada bersama-sama dengan kita. 
p/s: selalu mintak maaf dengan mak (sama juga untuk ayah) even tak buat salah dan ucap TQ :) 

(Banyakkan sedekahkan bacaan ayat al-Quran untuk jika mak telah pergi menghadap Ilahi,
 seseungguhnya doa anak yang soleh itu saham bagi mereka) 

Saaaaaaayang Umi xx


[ayah, umi and myself]

---->>> "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" [Ibrahim 14:41]

Sunday, May 8, 2011

My Strength, My Inspiration -> My Parents and Family

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

 
(my parents)
 Alhamdulillah for giving me a beautiful n lovely woman in my life...Selamat hari ibu, UMI!!
And also Alhamdulillah for giving me a great man in my life... Selamat hari bapa, AYAH!! 

Terima kasih sbb sanggup bersabar dgn perangai kami semua adik-beradik.... and tak lupa, mohon maaf kalau ada salah n silap or pernah terkuat suara ke..hehe..

Love you all, Umi n Ayah!! 
Semoga ayah dan umi dikurniakan kesihatan yang baik dan hidup diberkati oleh Allah..
Doakan anakmu yang belajar di perantauan ini bcoz you two are my strength and inspiration to go on until the end of everything... 

(my family during my 2nd sister's wedding while im still at UK) 

-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

sumber- http://halaqah.net/v10/index.php?topic=783.0

--->>> Semoga kita semua dipelihara oleh ALLAH agar sentiasa menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa kita .amiin..