Showing posts with label dohnut. Show all posts
Showing posts with label dohnut. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

My Dream Car.. Wishlist for 2012/1433H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah, hari ni orang cakap tarikh dia special sbbnya 12.12.12, so entri kali ni pon special for me actually.. :)

Alhamdulillah I own a car now!! :DD Lepas raya hari tu ayah setuju nak belikan kereta. hee tapi kereta ni bukanlah duit parents semata-mata... Alhamdulillah berkat menabung masa kat UK selama 2 tahun, dapat la guna duit tu untuk buat down payment kereta.. Yup, sebenarnya duit bulanan yang MARA bagi tu amatlah berlebihan kalau pandai guna (hee puji diri sendiri). Skang pon ada lebih lagi lepas byar kereta, bleh tampung nak bayar minyak kereta nanti..

So basically I am not too fancy about shopping things especially baju-baju, boots, etc.. Tapi tak la cakap tak beli langsung, cuma jangan berlebihan. Kalau nak cakap tak beli barang/ hadiah kat orang atau family, banyak je beli and tak dala bagi diorang barang-barang primark. Mostly beli barang yang branded jugak untuk diorang tapi still duit ada lebih.... 

Satu lagi, kalau nak cakap kita tak pegi jalan-jalan europe, salah jugak sebab sepanjang 2 tahun kat UK antara tempat yang sempat pergi Itali, Sepanyol, German, Paris, Ireland.. Tempat-tempat kat UK almost dah banyak cover walaupun tak semua... Dan satu lagi, dapat simpan duit untuk pergi buat umrah bulan 4 hari tu, Alhamdulillah... ^_^

Maybe ni berkat bagi barang kat orang tu yang rezeki sentiasa ada dan tak pernah rasa miskin atau tak ada duit atau pinjam duit dengan orang..  So my advice for those yang nak fly atau tengah kat negara orang, jangan membazir sangat shopping barang kat diri sendiri.. dan banyakkan menabung.. Plan dari awal contohnya kalau nak berjalan-jalan. Jangan beli last minute ticket untuk jalan-jalan..  
InshaAllah if I can do it, you also can!!

Just terfikir, kalau nak dekat 2 tahun simpan duit dah dapat buat down payment kereta, apa lagi orang yang stay kat overseas for almost 4 or 5 years.. mesti lagi banyak bleh simpan.... buat kawen ke (untuk laki), beli rumah ke?atau beli kereta cash? :P

(tadaaaa!!, ni keretanya, suka no plat dia DCD....)

Heee memang tak sabar nak guna kereta tu, walaupun tak bleh nak compare ngan kereta kawan-kawan yang lain, tapi Alhamdulillah rasa bersyukur sangat-sangat sebab kereta tu ada jugak guna duit dari titik peluh menabung :) 
Alhamdulillah3x mostly my wishlists untuk tahun ni dah tercapai..

Terima kasih jugak to my lovely parents yang sangat memahami, and support for the rest.. 
LOVE YOUUU VERY MUCH!! 

Hopefully my siblings tak dengki/jealous sebab ayah dan umi belikan kereta.. InshaAllah rezeki setiap orang lain-lain.  For me it's a car... and you maybe rezeki yang tak nampak lagi :) Peace...

 --->>> "Sesungguhnya Tuhanmu lah yang melapangkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menyempitkannya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambanya." [17:30]



Wednesday, October 31, 2012

Saaaaaayang Umi, Mmmmuah!! xx


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Hello! Rasanya dah lama tak update blog ni, maybe ke'busy'an sebagai medical student? ataupun tak ada cerita baru? Adaaaa, cuma malas heee
Firstly nak bagitau yang diri ini telah kembali menyambung pengajian di kampus NUMed Malaysia kat Nusajaya Johor. Alhamdulillah kalau nak compare mestila best belajar kat Malaysia!! :) sebabnya dapat balik umah selalu, even Kelantan ngan Jb tu jauh tapi setakat ni dah dua kali balik rumah (within 1 month) dan sekali pergi Puchong, jalan-jalan umah my twin sisters. Hehe

Satu lagi best sebabkan NUMed ni salah satu IPTS, so bangunan dia memang lawa dan cantik, toilet, surau semua best! Lecture theatre pun first class, sama taraf macam UK punya Newcastle Uni. Lunch pun dah boleh makan nasi dgn lauk banyak-banyak as semua HALAL ^_^
So setakat ni no complain, Alhamdulillah. NUMed pun dekat dengan Legoland, jadi tak der la isolated sangat tempat ni..

[view from numed cafe- lunch time]

Okla back to the topic, sebenarnya nak cerita pasal umi, ibu, mama atau apa2 la yang kita semua panggil kat emak kita. Cuba try reflect balik diri kita, pernah tak cakap kasar atau marah kat emak kita? mesti semua pernah kan? For my mom, she always lost her glasses, and always ask everyone to find for it. Kadang-kadang pernah jugak cakap nanti gantung spec tu kat leher atau letak kat tempat yang sama ke atau marah kenapa selalu lupa etc.

Bila fikir balik, umi lah yang paling banyak ingat benda kat dalam rumah tu. Contohnya, umi selalu ingat hari apa lori sampah akan pick up smpah2 kat luar rumah so that boleh kumpul kan sampah kat luar (lori sampah datang selang 3 hari- alamak ye ke?) . Umi juga ingat dan tahu bila stok-stok dalam rumah akan habis (sabun, gula,ayam, ikan dll) Ari tu siap tahu lagi ikan apa yang tak ada dalam fridge 
(Hebat kan!)

Semua contoh-contoh ni biasanya akan sama dengan emak2 kita semua kan? 
Dan pastinya semua mak kita hebat-hebat, betul tak?
So, konklusinya, apa salahnya jika umi lupa satu je yang berkait dengan dirinya iatu her glasses sebab umi dah banyak ingat benda lain yang ada dalam rumah.

Sebagai pengajarannya, jangan cepat melatah bila umi / emak2 kita suruh kita tolong dia sikit. Memang tak akan dapat balas jasa mereka sebab kalau nak dikirakan memang banyak pengorbanan mak kita untuk keluarga.

Jangan juga merungut jika mak masak masakan yang sama atau tak sedap sebab bila dah rasa diri tu besar memanjang, pergila tolong mak kat dapur, baru tahu susah nak pikir menu untuk setiap hari.

Hargailah mak kita selagi mereka masih ada bersama-sama dengan kita. 
p/s: selalu mintak maaf dengan mak (sama juga untuk ayah) even tak buat salah dan ucap TQ :) 

(Banyakkan sedekahkan bacaan ayat al-Quran untuk jika mak telah pergi menghadap Ilahi,
 seseungguhnya doa anak yang soleh itu saham bagi mereka) 

Saaaaaaayang Umi xx


[ayah, umi and myself]

---->>> "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" [Ibrahim 14:41]

Monday, March 26, 2012

Part 2: That's not the End

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah berjaya jugak buat part 2 kali ni.. sape nak baca part 1 bleh tekan kat sini (part1) 
camne nak start yang ni ea.. tapi basically ni nak crite time kitorang punya last visit patient tu ..sedihnya :( dah last.. kebetulan time hari visit tu adalah time start minggu Discover Islamic Week (DIW) dekat kita punya universiti.. memang sangat kenalah timing dia..  

DIW tahun ni better dari last year sebab kali ni ada khemah besar depan student union kitorang, lagi satu tempat tu pon main place untuk student lalu lalang.. kat dalam khemah tu ada la orang yang ditugaskan  untuk layan sape2 yang masuk.. ada pameran, buku-buku islamic free dan ada snack free.. :) ada jugak talk tapi bukan kat dalam khemah tu...
So memang nak sangat ajak dia masuk kat dalam khemah tu..  dah aim la nak ajak dia masuk lepas kitorang punya visit.. nak ajak ni susah sikit sbb takut kena reject (sy ni orangnya akn terus down kalo orang reject pape)

(ni poster DIW baru-baru ni)
pastu masa on the way nak pegi tu konfirm akan lalu kat tempat tu, dengan beraninya ajak dia masuk dalam khemah tu bila dah nak balik nanti.. alhamdulillah respons pon baik, dia cakap ok, nak jugak taw apa ada kat dalam.. pastu dengan semangatnya cakap yang DIW ni interesting, bla bla2.. terus rasa tak sabar nak balik...

ok ni lepas abis visit patient tu.. kitorang biasanya akan naik metro aka ktm tapi ktm buruk sangat, ok lrt.. heheh, masa nak tunggu tu tak taw perasaan semangat nak cerita datang dari mana ntah tanya dia macam2.. dia pon tanya macam2..

first tanya kat dia, dia percaya ke pasal after life (akhirat), pastu dia cakap tak, dia cakap kalau mati, dah, tu the end untuk dia... pastu bagitaw kat dia yang first time ada kawan yang tak percaya after life,  masing-masing gelak hehehehe ok abaikan. then tanya dia balik kenapa tak percaya after life? dia bgtaw apa entah tapi basically dia bagi taw benda tu merepek je.. pastu tanya lagi so ape opinion orang yang percaya after life macam kita semua, ayat dia lebih kurang macam ni la : so what do you think about people believing in after life? you think we crazy or what.. haha sori la kalau cara tanya salah sebnarnya, dia punya jwpn dia cakap yang setiap orang ada kepercayaan masing-masing, so tak dala crazy ke ape..

dia ada tanya pernah ke belajar pasal agama lain, time tu macam blurr kejap sebab rasanya ambik pendidikan islam je kat sekolah, tp time kmb ada orang yg revert datang bagi talk, so cakap kat dia yang ada orang datang cerita experience dan buat comparison pasal agama lain, bila dia tanya kenapa orang tu revert, terus blank sebab tak ingat, arghh teruk jugak rasa time tu sebab tak dapat bagi contoh sebab diorang ni peluk agama islam..

(ok ni selingan jer.. ni adiah dapat for my birthday on 9th march, from my lovely friend in india-mahira!! :) suka sangat!! thanks yer )
pastu metro tu pon sampai, kitorang pon masuk n duduk heheh.. kat dalam tu pon borak lagi pasal Islam, memang Allah lancarkan terus la kami punya conversation.. selama ni tak confidence pon nak ckp english tp time tu terus berubah.. siap tanya lagi dia taw ke kenapa kitorang pakai tudung walaupun diri sendiri tak sure nak cakap ape, bila dia cakap tak taw tu baru terasa padan muka memandai bg ques tp tak pandai nak explain.. cakpa je sikit2 yang mampu, yg first rasa macam di'protect' dari apa2.. then bgtaw yg only close family member je dpt tengok rambut kita cth ayah, abang, and spouse.. so macam preserve la dari orang lain, and ada jugak rasa special sebab certain orang jer taw apa ada dsebalik tudung hehehe.. 

pastu dia tanya pulak kenapa ada certain yg pakai burqa=purdah.. mula2 tak taw burqa tu apa sebab taw nama lain dia niqab so kat situ pon dah malu sikit.. lagi satu tak taw nak bagi jawapan apa sebab kita sendiri pon tak pakai.. tapi antara jwpn bg sebab biasanya orang2 cantik pakai nak protect dari laki2 pandang diorang, terus dia tanya yang tak pakai tu tak cantik ke? =_=' haish susah bila tak pandai nak jawab ni.. cakap balik kat dia mostly cantik and orang lain pon cantik jugak..  

next dengan lantangnya tanya dia opinion pasal label orang islam sebagai terrorist, ni pon soklan yg dalam kepala otak tak ada jawapan.. tapi bagus jugak dia jawab yang dia cakap sebenarnya orang guna religion as an excuse untuk kepentingan benda atau ada tujuan lain.. so tak patut cakap orang islam ni terrorist... anguk2 kat dia... bila dia tanya kita balik cakap terus yg agree dgn dia hehehehe.. tambah sikit yang tak semua orang islam baik perangainya, ada jugak yang salah praktis agama dll, tapi tak semua orang islam jahat.. mcam org lain jugak ada bad and kind people.. huh tak taw betul tak cakap tu..

before nak smpai khemah DIW tu bagi taw yang kitorang bukan nak suruh orang yang masuk dalam tu terus masuk Islam or pape tapi just untuk leraikan or jawab tentang apa yang dia confuse pasal islam..ok ni bila kitorang smpai and terjah khemah tu, time tu baru nak masuk maghrib so orang macam kelam kabut sikit nak pegi mosque, tapi still ada orang layan lagi.. mula2 masuk awkward jugak sebab segan nak jumpa orang kat dalam tu tapi bila kita segan mesti dia lagi segan.. so buat la muka tak malu kejap pegi approach orang kat situ.. diorang pon offer minum tea pastu ajak dia baca2 bahan pameran tu.. cakap jugak kat dia kalau nak tanya pape pasal islam boleh tanya brother yang tengah pandang kitorang, tapi dia cakap tak pe you are here to answer it.. terus macam errr.. dgn humblenya bagi taw yang my answers may be not the best answers  >.< 

bila dia baca bhn2 kat situ dia perasaan yg bila sebut Nabi Muhammad mesti ada pbuh (peace be upon him) kat belakang, dia tanya la kena baca ke tiap kali sebut nama Rasulullah, jwbla a ah kena baca tapi bukan maca pbuh tu, tapi baca salallahu alaihi wasallam.. terus dia tenganga sebab baca cepat sangat kat dia.. ulang balik, tapi still laju jugak, lebih kurang 3 4 kali baca kat dia sebb dia nak try baca, bila perasan baca laju sangat try baca one word by word.. baru la bleh ikut sikit.. hehe kelakar jugak bunyi dia baca tapi yang penting effort tu ada...

satu lagi interesting bila kitorang pegi booth yg buat khat.. ada brother tu tengah tulis nama sorang ni, bila taw free terus ajak dia skali untuk tulis nama... dia pun nak jugak taw nama dia dalam bahasa arab, berjaya jugak la dapat sorang satu nama, tapi lupa nak ambik gambar nama dia..

(hehe patut nor hazwani, ntah jadi nor khazwani lak, layan je la)
Alhamdulillah sempat jugak bagi satu buku yang interesting kat dia, buku tu ada semua pasal islam, women in islam, dan jugak scientific finding yang dijumpai sama dalam al-quran.. hopefully one day dia akan baca.. dia ada jugak tanya al-quran tu macam mana bentuk dia, kebetulan ada quran tafsir kecik kat situ terus tunjuk kat dia, ingat nak bagi tapi risau pulak takut nanti dia simpan quran tu kat tempat2 tak elok, so that's why bagi buku tu je.. lg pon byk colour2 dalam tu.. rasanya berminat nak baca kot..

(jeng jeng jeng!! ni la buku nya!, kita semua patut baca taw, best!! )
emm entri ni agak panjang jazakumullah kepada sape2 yang sudi baca, hopefully kalau ada salah silap boleh aje bagi taw.. inshaAllah next week 5hb april akan menunaikan umrah jika diizinkan-Nya, mohon doa permudahkan segala urusan rombongan kami di sana.. inshaAllah akan didoakan kejayaan di dunia dan di akhirat buat family,sahabat2, and tak lupa juga pembaca blog ini ^_^ ...amiin..



--->> "And give good news (O Muhammad) to those who believe and do good deeds, that they will have gardens (Paradise) in which rivers flow..." (2:25)


Friday, November 11, 2011

Bila mood terlalu happy...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
 
Alhamdulillah...lebih sebulan dah sampai kat Newcastle ni... cepat je masa berlalu, nanti tup2 kejap je rase stahun ni... Alhamdulillah rasa banyak je dapat nikmat sejak akhir-akhir ni.. Betullah dalam Al-Quran pernah cakap yang xsemestinya benda yang kita nak tu adalah benda yang terbaik untuk kita (2:217).. or yg biasa orang akan cakap- "ada hikmahnya tu"

First skali terasa sangat best kawan dengan kawan yg xpernah serapat ni dulu.. skang mana2 pegi kitorang akan bersama... study pon kalo waktu sama akan discuss jgk... kalau dulu dsbbkan ramai bilangan so masing-masing ada geng sendiri, so jadi tak rapat sangat... skang sebab dh jadi komuniti yg sikit, kawan pon dah ada yg dr pelbagai tempat... 
 
pastu skang kitorang 5 orang mesti akan bawakkan lunch hari2 and makan sama2.. part tu best sebab share makanan especially time lunch time paling lapar... walaupun ckit tapi cukup untuk kenyangkan kami.. jimat jgk laa sbb dulu asyik beli makanan je time lunch so mmg dh bzir kat situ..

lagi satu yang obvious terasa beza adalah groupmates... groupmates skang much2 more better dari dulu.. sbb diorang still greet kita kat luar kelas bukan stakat senyum je... ada la sikit2 yg senyum but it is a good sign of friendship... kalau dulu mostly buat tak kenal je bila lepas kelas.. dalam seminar pon asyik duk cakap sama diorang je.. skang ni pon still tak cakap banyak dalam seminar tapi improve la ckit and tak da la rasa awkward sangat sepanjang tu...

yg best kali ni partner untuk projek assignment and sepnjang stage ni.. hmm yang tu tak bleh nak comment banyak2..heheheh :)
 dulu pon best jugak :p

yg paling bersyukur skali terasa semua benda Allah make easy for us.. memang ari tu ada exam sehari selepas Hari Raya Qurban, tapi kami tetap beraya jugak and ziarah akak2 senior (utk makan sbenarnya heheh)...rasa takda la terbeban sangat masa raya tu.. tapi lepas raya kami buat jugak study grup sekejap walaupun tak lama tapi cukup untuk kami faham certain2 parts... Alhamdulillah the exam results got very well for us... and for the first time I pass in the exam not satisfactory but I got Merit! Alhamdulillah :).. 
 
maybe org akan cakap exam tu senang je awal2.. buat kali kedua memangla bleh dpt m or what so eva.. but this results are meant something for us... ingat lagi lepas exam ari tu ada orang cakap yg "exam tu senang je, aku pon ckit lagi nak dapat m dulu blablabla" tapi benda tu bukannya membantu pon utk kami especially lepas jawab exam... maybe org tu nk bg inspiration utk kami.. but i dont think it was the right word.. maybe just tanya exam camne and then dah, tak pyah bgtaw komen pasal experience dulu2.. kitorang pon pernah rasa jugak yg dulu tu...tapi maybe semua orang tak realise kot bnda tu tak perlu nak bgtaw...hmmm susahnya bila emosi ni kadang2 ok and kadang2 terover sensitive... tu la sebb suka hangout with people who in the same shoes. 

(after solat raya)
skang just cuak untuk assignment 1 yang baru hantar... hopefully there are lots good news ahead for us... bnda yg awal2 ni akan bagi semangat untuk try harder... banyak lagi terasa berbeza dari dulu... setakat ni semua better dari dulu... kitorang pon happy2 je lagi...
 
 satu lagi nikmat bila dapat iphone baru.. heee ni saja2 je pegi kat apple store nk bgtaw yg 'home button' kat iphone lama tu dh tak sensitive, so ingat nak baiki.. tapi sebbkan warranty ada lagi (tiggal satu hari je lagi warranty masa pergi tu), orang tu bagitaw akan replace dengan iphone baru... hohoho trus happy giler2.. sebab yg tu dh guna setahun and banyak kali jatuh2... tapi tak da la dapat iphone4s.. still dapat iphone 4 but it is a new one!!! huuu.. 
 
(heehee tak bukak plastik lagi.. ni before backup lagi..so mmg dapat yg mcm baru lepas beli)
  sebabkan mood terlalu happy sjak dua menjak ni, smapi casing iphone pon bagi kat orang.. hmm good timing betulla orang yang mintak tu.. casing tu murah je beli kat malaysia, beli 3, 10 ringgit=2 pound cni.. tu mcm bg je.. sayang jugak nak bagi tapi casing tu dari tak guna baik bagi org.. orang tu ternampak casing tu time nak snap gambar masa isoc gathering.. baru je try letak kat fon baru dpt huhu.. nila akibat mood happy.. bertuah kawan sekeliling ^_^

(ni la lebih kurang casing tu.. lepas bagi tu rasa hepi jgk sbb taw org tu pon minat kat game nih :))

last skali tak sabar nak tunggu bulan 12 ni sebab nak jalan2 ngan family.. wepeee!! tinggal nak beli tiket train ke manchester ngan liverpool je...
hopefully all goes right as planned.. tapi kita hanya merancang, Allah menentukan...
Alhamdulillah Alhamdulillah :))


--->> "dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis" (53:43)


Monday, October 17, 2011

satu petang di ari kamis =.=

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah sempat jugak nak update blog ni ari ni.. 
Sebenarnya minggu lepas sakit gigi sebab selalu je makan benda manis... pastu kamis lepas saja-saja je la pegi dental school usha2 kaunter kat situ.. tup2 terjmpa akak cnior yg buat dentist kat ctu.. ngadula kejap pasal sakit gigi ni boleh lagi ke nk buat appointment ngan dentist sbb time tu dh nk dekat pkol 2ptg.. pastu akak tu bawakla pi kaunter td tye ad terima patient ke tak.. dahla pegi kaunter emergency mestila boleh hehe...

Cuak jgk nak pegi jmpa dentist sebab biasa bab2 sakit ni kita mesti la nak explain banyak2 biar puas ati.. sakit kat mana, sakit macam mana, bila sakit.. tp bila kat duk tmpat oram putih ni ckp pon limitla..tak sampai 15 minit tggu trus nama kena panggil.. masokla tmpt diorg buat treatment tu, masuk2 dentist yg duty on me is final yr dentistry student..fuuh lg cuak bila kita taw bukan dentist sbnar assign utk kita.. (nak free punya pasal)

so nak panggil ape ea kat dia, ok kita ckp dia Mr D (sbb xjdk dr lg kan hehe), muka boleh tahan jugakla hehe , ok out of topic.. first Mr D soal la pasal sakit gigi tu.. mula la ayat terputar belit cakap sakit situ sakit sini.. nak cakap sakit gigi kat atas pon susah.. mmg geram sebab tak satisfy myself utk cerita pasal kesakitan tu.. tp ckp la dia nak cabut gigi yg sakit tu..then, dia pon tanya la kita macam biasa, ambik social history, detail ckit2.. kdang2 tersenyum sdri jgk sbb bnda sama blajar ambik history taking kat med school, so rasa lain bila kita yg jadik patient...
bagi Mr D, ni pon satu challenge kat dia sebab org asing jd patient dia, so dia kena make sure yg dia explain n tanya betul2 kat org yg tak berapa nak paham english ni.. =_=

lps check2 gigi tu, dia ckap kena xray dulu gigi tu...ni prosedur biasa bila pegi dental hospital bak kata akak cnior tu sbb dia nk pastikan diorg buat the best decision utk gigi kita.. hermm first time jgk xray gigi sbb bfore ni asyik duk chest xray je...wonder jgk la macam mana agaknya rupa xray gigi ni.. bila masuk balik tmpt bilik Mr D ni dia pon tnjukla xray tu..mmg lain la dr yg expect xray tu.. igt kan bsar jgk xray tu tapi ni kecik co e't je rupa xray tu... lbih kurang bsar pemadam yg besar.. xray tu tunjuk 3 batang gigi je.. punyala imagine nampak semua...(mybe org len bsar kot, depends gigi mana nak buat)

xplain punya xplain dia cakap kena cabut gigi tu.. tak tahula gigi yg nak cbut ni gigi geraham ke tak sbb tak tahu bilang gigi..heheheee mybe geraham kot... pastu lps Mr D ckp kena cabut gigi tu, saja je la tanya dia ada option len ke tak (padahal mmg dh ckp awal2 td nak cabut gigi tu), cuakla si Mr D tu sbb dia xtaw nk ckp apa.. trus pegi refer ngan dentist sbnar.. dentist tu xplain la better cabut.. so kita pon ckpla it's okay, sja je nak taw..

so bermula la proses nak cabut gigi tu ngan Mr D td... time ni risau jugak la sbb tkot masa tgh nk cbut tu dia cakap something yg kita xphm n buat lagi sakit ke.. huuu nervous punya pasal... masa dia ltak ubat bius first, tolongla dia baca bismillah for me dlm ati... bfore nak cbut tu dia letak dua ubat bius utk hilang rasa sakit...
ok masa tgh nak cabut tu ada dia suh kumur n mmg xphm tp bila dia nekkan kerusi n ambik gelas baru buat2 paham.. @_@

disebabkan gigi tu gigi geraham kot, so susahla nak cabut... time tgh nak cbut tu punya la sakit.. ingat dapat la tahan, tapi mmg sakit sgt so apa lagi menjeritla... Mr D pon trus ckp dia akn ltk bius satu lagi.. lps letak satu kurang ckit sakit, so dia pon truskan.. xsmpai 3 minit, menjeritla lgi cakap sakit...dia pon tanya la sakit ke, sakit sngat ke, kat mana.. dgn keadaan cm tu mn la nk boleh ckp....punyala menggelabah Mr D, dia pon trus cari satu lagi ubat bius...dahla tmpat ubat bius tu jauh, lama jugak la sakit before nak kena bius tu...lps bius kali ke empat ni , baru la tak rasa pape time cabut gigi tu.. Alhamdulillah ^_^

(ni la punca gigi rosak!)
Lps cbut tu Mr D tu bgtawla do n don'ts utk pastikan semua ok.. dia baca dlm kertas je sbnarnya... angguk jela kat dia even byk yg tak paham... last skali dia pon bagi kertas tu.. huhuu kan senang.. n igtkan dptla ubat paracetamol ke or pain killer lps cbut ni tp rupanya tak...semuanya kena beli sendiri..lupa jgk yg dpt ubat tu bila pegi private punya clinic, nak free punya pasal kan... tp mana la org smpat nk beli kalo tengah sakit.. hmm.. Alhamdulillah la ada bekalan ubat yg bwk dari malaysia.. dptla bertahan kot.. akak cnior yg len pon ada bg ubat sbb ubat dh nak habis..

nape nak free buat treatment gigi kat sini? sebabnya kat UK ni servisnya mahal org cakap.. pernah jgak google pasal cost nk cbut gigi kat cni.. ni tak tawla btol ke tak atpi nak cbut gigi adala kena bayar 45pound, darab 5 mmg mhlla.. kalo kat msia pernah dulu2 pegi skali ngan famili kilink gigi, tak adala smpai rm200 total jmpa dr gigi.. tu pon dpt ubt byk lg.. so, kenala kenala sentiasa bersyukur dgn negara kita..

pjgnya meleret kat cni.. tp the point nak cakap sbnarnya lepas cabut gigi time nak weekend ni boleh la rehat atas katil xyah makan semua... tapi banyak pulak rezki dtg.. semalam ad two house buat housewarming... makan plak gempak2, nasi ayam, kek, sate, dll n yg kena guna semua gigi utk makan..heee, ari ni pon langkah kanan bila ada org ajak makan pasta kat umah diorg.. tp ckit2 je mkn sbb gna sebelah je part gigi utk mengunyah.. so nikmat mengunyah tu diambil skejap... sebenarnya, skang pon still bengkak lagi, org tu cakap dalam 3 ari jgk nk settle down bnda ni... ubat pon dh satu papan telan sbb pening.. hopefully esok dh ok..


--->>“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).



Saturday, October 8, 2011

Alhamdulillah!! :))

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Waa dah lama xupdate blog ni..Alhamdulillah dapat juga luangkan masa ari ni... banyak sangat problem sejak dua bulan lepas... Hanya Tuhan je tahu... (bukan orangla kalau tak ada problem- bak kata ayah)

Alhamdulillah, Dia tak pernah menghampakan hambanya.. Berkat doa ibu bapa, keluarga, dan kawan2, masih lagi berpeluang untuk menghirup udara sejuk di bumi asing ini untuk setahun lagi.. hanya Allah juga tahu betapa bersyukurnya kami yang senasib ini.. Terima kasih kepada semua yg bnyak support kitorang.. ^_^

Kalau dipikir balik, memang semua dugaan ini mempunyai hikmahnya sendiri.. mungkin tempoh setahun itu akan menjadikan kami lebih kuat dan sabar untuk menerima segala pandangan, cakap2 orang ataupun melihat kawan2 yang lebih bernasib baik dari kami gembira dengan hidup mereka.. 

Mereka mungkin tak sedar yang kami ini menjadi lebih sensitif dan tersentuh melalui percakapan mereka.. Mungkin emosi masih belum stabil sejak akhir2 ni... Hanya Tuhan yang tahu lemahnya jiwa ini.. dan kepada Dia juga tempat kami mengadu..

Harap2 kawan2 yg lain akan dapat paham kalau perubahan ini sangat ketara sebab hanya diam dan senyum je yang dpt diberi .. Tapi jangan pula mengabaikan kami... We need a lot of support from family n friends...

(baru nak bergmbar dpan uni..heheh)
   
Bila direnung semula, kami patut banyak bersyukur sebab tak semua berpeluang nak merasa nikmat berada di negara orang biarpun susah nak berkomunikasi dengan orang lain... kadang2 tak puas jugak cakap ngan orang putih ni sbb vocab ckit je.. geram pun ada sebb tak sampai apa yg nak bgtaw..huhu tapi tu la pengalaman...

Apa2 pun, sekarang mind kena sentiasa positif and support each other.. groupmates baru pon nampak better dari yang dulu.. hopefully partner pon baik macam last year :)

Memandangkan famili plan nak datang bulan 12 ni, hopefully they will safely arrive here and tak da delay2 flight ke ape... tak sabar jugak nak tunggu diorang semua ni.. bawakla duit banyak2 ea.. heheheh

(sorry if this post cannot be understand by all, it's so complicated)

---->>> "... Sesunnguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (39:10)

Saturday, May 28, 2011

Exam + Kawen

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah, tadi baru je lepas exam clinical skills which is OSCE.. rasenya kali ni better dari yang dulu punya OSCE walaupun still ad clap ckit2.. Hari ni jugak satu2nya abang akad nikah lepas isyak tadi.. so esok mjlis belah pngntin pompuan n 30hb ni baru mjlis kat umah... So total spnjng less than one year duk kat UK ni dah dua kali terlepas event yg boleh dianggap besar dalam family sebab bulan dua lepas akak second yg kawen dan skang abng plak kawen.. aduih.. tawn depan tak tahu plak apa yg akan ter'miss'.. sabar jela...

(dh besar rupanya cik Batrisya ni - muka geli dgn bunga masa 10 bulan yg lepas)
InshaAllah, final exam as first year medical student is on 31st may n 1st june.. hopefully semua dipermudahkan oleh-Nya n xda yg sangkut..amiin... n harap jgak dapat redha dengan keputusan yg akan dapat... apa2 pon that is the best for me..  macam nasihat kawan - sesungguhnya kejayaan tu milik ALLAH dan bukan hasil daripada usaha semata-mata....

All da best to my friends especially my NUMed friends.. inshaAllah we can do it our exams with blessing from Him.... put our trust to Him and He will do the rest!!

Sape2 blehla jenguk link ni sbb byk bnda yg Kak Aisyah share yang boleh kita reflect betulkah niat kita belajar skarang??..inshaAllah..

--->>> "... Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu, Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" (2:216)

Sunday, May 8, 2011

My Strength, My Inspiration -> My Parents and Family

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

 
(my parents)
 Alhamdulillah for giving me a beautiful n lovely woman in my life...Selamat hari ibu, UMI!!
And also Alhamdulillah for giving me a great man in my life... Selamat hari bapa, AYAH!! 

Terima kasih sbb sanggup bersabar dgn perangai kami semua adik-beradik.... and tak lupa, mohon maaf kalau ada salah n silap or pernah terkuat suara ke..hehe..

Love you all, Umi n Ayah!! 
Semoga ayah dan umi dikurniakan kesihatan yang baik dan hidup diberkati oleh Allah..
Doakan anakmu yang belajar di perantauan ini bcoz you two are my strength and inspiration to go on until the end of everything... 

(my family during my 2nd sister's wedding while im still at UK) 

-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

sumber- http://halaqah.net/v10/index.php?topic=783.0

--->>> Semoga kita semua dipelihara oleh ALLAH agar sentiasa menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa kita .amiin..
 

Saturday, April 23, 2011

sejuk hati kawan =)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah, hari ni ada terbaca notes org kat facebook..so ingin share disini...menarik jugak sbb ia himpunan doa2 untuk sahabat... diambil dari page Heliza Helmi (yg artis AF tu..).. semoga sama-sama jadikan amalan kalau sayang kawan masing-masing... nnn tak lupa jugak doa skali untuk kedua ibu bapa kita.. (^_^)

(my first artwork at UK- hehe buat sdiri)

HADIS:
 "Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
 
Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
 Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

 Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

 Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... AMIN
 
(ni pon buat sdiri jgk masa attchment kat ward kanak2)
  ---->>> wishing all my friends all da best for upcoming final exam... InshaAllah kita sama-sama berjaya didunia n diakhirat!!! 
"...Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (2:214)

Monday, April 18, 2011

Betulkah aku??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
 
Alhamdulillah berjaya jugak jejak kai ke Kota London..huhu.. sebenarnya blik dari London ada something yang terungkai... salah satu nya kena reflect sikap diri sdiri balik.. Betullah ada org pernah ckp before tidur patut sentiasa muhasabah diri apa moral of the day yg kita dapat.. nampaknya setelah lama menjadi pemerhati yang profesional, now kena teliti sikap diri sendiri yang banyak dah tunggang terbalik..kalau nak dikira mmang banyak weakness dr strength dalam diri ni.. first yg memang obvious mudah sgt nak marah kat orang, ingat diri sendiri je asyik yg betul...pdahal kena bg chance kat org laen jugak utk diorg rasa ape akibat kalo buat bnda yg slah... tapi entahla... so ape2 skang kena belajar untuk lebih banyak bersabar especially bila dh duk jauh dari family.. kalo ngan adik bradik bergduh je byk kali tp nanti sejuk jugak ati (walaupun tak puas ati hehe)..

Another thing, kena pkir balik untuk buat satu decision ni.... mohon Allah permudahkan urusan ini.. amiin...(kena banyakkan solat sunat istikharah n hajat)
 
 Latest!!, bakal dapat anak sedara baru coz akak second yg kawen bulan dua ari tu dah pregnant.. wuhuu!! nanti balik xda la besar dah baby tu macam batrisya skang... 

And hopefully two weeks holiday left will be used wisely to revise, study and learn something.. InshaAllah...
 
 
(tower bridge- diambil smasa naik cruise kat London)


 
---->>> رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ 
"... Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)" (7:126)
 
 

Wednesday, March 2, 2011

The Blessing of Knowledge

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
 
Alhamdulillah weekend kali ni terisi dengan perkara yang bermanfaat.. Kali ni berpeluang ke satu lagi tempat di UK iaitu Birmingham.. pergi sana niat inshaAllah elok, sempena daurah tahmidi... Walaupun ada assignment yg dateline rabu ni yakni esok + ada ethics debate semalam, tetapi Allah permudahkan jalan utk ke sana juga...Jzkk kepada yang membantu ^_^, hanya Allah dapat membalas jasa kamu semua (satu sen pon tak keluar dari poket or kad utk kali ni -coklat, mkn minum, tambang dll semua ada orang belanja).. Daurah kali ni sangat best dari segi pengisian, takda pon yg mengantuk atau bosan kecuali ada satu sesi forum pada malamnya maybe sebab penat berjalan naik kereta dari Newcastle ke Birm.. Moga-moga dapat ajak kawan-kawan yang lain join sama program tersebut...
 
Assignment pon alhamdulillah dapat anta sehari awal dari dateline, ethics debate pon walau tak ada partner macam org lain tapi tutor ethics banyak membantu dengan menjawab soklan dari audience... maybe inilah dikatakan pertolongan dari Allah swt...semua urusan dipermudahkan...ingin dikongsikan satu ayat 34 dari surah Abraham iaitu:
"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahla kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkansesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya."
 (14:34)
(coretan untuk first talk)
Before on the way balik ke Birm, kitorang singgah dulu kat coventry road untuk beli buku dan lain-lain.. Buku yang dapat dirembat ialah Don't Be Sad aka La Tahzan versi English..nanti di lain post akan diceritakan sedikit pasal content buku tersebut...kitorang juga sempat makan nasi arab yang famous kat kawasan situ (ni pon orang yang belanja, jzkk :)...
 
(ni permandangan kat Newcastle, otw blik umah lepas klas abis dlm pkol 5-6petang ~ xda DSLR pon bleh jgk hehe)

(satu lagi permandangan senja ms otw blik umah)

--->>> ayat lebih kurang sama mcm kat atas 
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (16:18)


Saturday, February 5, 2011

indahnya jika semua kerana Allah :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
 
Alhamdulillah kita masih dikurniakan dengan pelbagai nikmat walaupun terdapat huru-hara kat Mesir.. Insha Allah tanah bumi anbiya itu akan dipelihara oleh Allah...kali ni bukan nak bercerita pasal apa yang berlaku kat Mesir tapi cerita pasal SAHABAT..
Orang cakap apa yang kita niatkan itulah yang kita akan dapat... Begitu juga realiti dalam bersahabat...Kalau kita berkawan dengan seseorang tu sebab dia kaya dan mahu menumpang kesenangannya, memang itu yang akan dapat contoh selalu dapat makan free, tambang free etc...Kalau kita berkawan dengan seseorang tu sebab dia pandai so nanti senang nak buat kerja..mmg senang la nk tiru notes dia...
 
Sebenarnya berkawan ni akan lebih manis jika disandarkan kepada Allah swt... Dulu pernah juga dengar n peringatan dari kawan-kawan bagitahu yang sayang kita kerana Allah... Dan semestinya setiap pertemuan ada perpisahan tetapi kan lebih elok ganti word 'goodbye' or 'selamat tinggal' kepada 'inshaAllah jumpa di syurga' kerana itu memang janji Allah untuk orang-orang yang beriman..
 
Itulah kelebihan jika seseorang itu berkawan kerana Allah swt, yakin dengan janji-Nya..
Selain itu, kita juga tidak berkira pun dengan mereka bila mereka perlukan bantuan sama ada dalam bentuk wang ringgit, makanan, pasal prob study etc...++ kita juga akan dapat saling menasihati ke jalan yg benar (kita buat salah, dia akan remind kita n bila nampak dia buat salah, kita remind balik)...Tapi sangat sukar untuk berkawan or mencari kawan yang betul2 menyayangi kita kerana Allah swt sebab setiap manusia ada agenda masing-masing...
 
(dua ekor nyamuk/ lebah yang bersahabat)

Biasanya, sahabat yang betul2 kita rindu itulah yang kita sayang mereka kerana Allah (inshaAllah)..
Sebenarnya terdetik nak tulis pasal ukhuwah sebab hari ini terasa lagi bestnya bila buat something kerana Allah swt... Walaupun tadi ada sorang kawan ni buat kita terus moody n malas nak layan..tapi kuatkan semangat juga untuk elak syaitan duk kacau kita... last2 alhamdulillah berjaya juga sebab ajak n dapat solat jamaah sama2 untuk tiga waktu hari ni dan lepas solat + doa terus salam sambil saling minta maaf...mood jadi happy ^__^ Bila fikir-fikir balik, hopefully this is the way to love a friend because of Allah swt.. saling memaafi antara satu sama lain dengan sedar kelemahan diri sendiri...semoga ukhuwah ini terus berkekalan hingga akhirat...sesungguhnya syaitan itu amat dengki melihat manusia berkasih sayang kerana Allah Taala...

BTW hari ni juga akak yang second kahwin dengan pasangannya... Walaupun tak balik Msia n xdapat join event tu doa je dikirimkan.. semoga mereka berdua berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yag soleh n solehah... SELAMAT PENGANTIN BARU kak ja n abe puje!!

--->>> "... Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" (4:19)

Wednesday, January 26, 2011

mixed!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

 Alhamdulillah..I still can update this blog even many assignments to do..Last week my 2nd exams, and yesterday I got the results..and Alhamdulillah I think that's the best for me..Walaupun tak capai my own target, still ada improvement (walaupun jeles tgk org lain punya result)...Apalagi, balik trus pergi kedai beli makanan banyak2 n tak nak pkir apa2 dah... Bukak je laptop, nampak kawan post kat dia punya status, lebih kurang mcm kat bawah ni la:

Q: Why I didn't get what I want??
A: "... and it may be that you dislike a thing while it is good for you,
     and it may be that you love a thing while it is evil for you,
     and Allah knows, while you do not know." (2:216)

Terus tersentak bila baca that status... And Jazakillahukhair (May Allah grant you goodness) my dear friend because you remind me when I feel down..Bila pkir balik, inilah gunanya kawan saling menasihati antara satu sama lain dengan post status yg baik2 kat facebook or etc, dan bukannya mengutuk org kat dlm tu or na tunjuk yang kita ni hebat sgt... memang benar that's your right to post anything but please consider others feeling... maybe benda buruk tu bleh terbalik kat diri sendiri ...(I remind myself too)

Pasal rumah pula, Alhamdulillah rumah dh siap dibaiki n semua ditanggung oleh landlord yg baik hati hehe...Bilik yg paling teruk kena pon dah cantik balik + adanya semua baru... Syukur semua kembali dengan normal...Alhamdulillah.... 

Habis pasal result n rumah, Mock OSCE bakal menjelma Jumaat ni...OSCE ni singkatan kpd Objective Structured Clinical Examinations... InshaAllah I will do the best I can... Dia akan ada beberapa station which is we have to show some Clinical Skills depend on what type of problems(questions) we get.. Tapi just setakat yang dah belajar... antaranya Handwashing, Chest Examination, Venepuncture, CPR, n Communication Skills...Hopefully semuanya berjalan dengan lancar.. 
DON'T PANIC!!!

--->> Although you keep failing, never give up to achieve Jannah... 

Thursday, December 30, 2010

unexpected incident

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
 
Kejadian ni berlaku masa kitorang 5 orang satu umah pergi bercuti kat sekitar uk.. Tak taw the exact time berlaku incident ni..Ni cerita dari housemate yg lain sebab diorang balik umah awal sehari dari saya. Ceritanya bila diorang smpai umah dalam pkol 3 pagi (train lewat pagi dari London) keadaan umah truk sgt2 dengan fire alarmnya berbunyi n air menitik-nitik. Apalagi diorang trus gelabah n panik sebab tak taw nak buat camne.. n slh seorg suh kol 911, bile kol operator tu tanya nk ambulans ke x, adoih rupanya num yg betul adalah 999. Sebenarnya diorang nak kol fire department, tp slh nombor..
 
Bila org dari fire departmnt tu dtg n check, dia ckp ada air beku dalam paip.. n then air still mengalir dalam paip tu, tu sebabnya paip tu pecah.. ni disebabkan winter kali ni truk smpai air dlm paip pon bleh beku..Maybe sebab before kitorang keluar umah ari tu kitorang tutup heater tp air still mengalir dlm paip..tp housemate ckp bfore keluar jgk suis utama air dh tutup..so conclusionnya ni adalah air yg memang ada dalam paip tu...Disebabkan paip yg pecah tu dtg dari toilet tgkat atas, bilik yg most affected adalah bilik bawah.. bilik lain Alhamdulillah ok, cuma carpet je bsh.. lebih truk lagi  umah kat sini semua diperbuat drpd kayu, so bila kena air trusla jd kembang n rosak.. semua wallpaper yg kat bhgian bwh tercabut.. wall kat living room pon bocor jugak..

so buat masa skrang kitorang menumpang umah kawan.. mybe dlm dua tiga hari eletrik n air bleh pasang tapi kawasan yg affected tu ambil masa jgk utk repair...
Alhamdulillah jugak time kejadian ni jadi kitorang satu umah xda kat umah, kalo tak, tak dapat bayang ape nak jadi...Allah memang Maha Penyayang.. dan sy yakin ada hikmah semua ni terjadi... +_+
 
   (ceiling yg dh retak)
      (kawasan depan tangga)
                         
(bilik yang paling truk kena - bilik ni bawah toilet)

                               (paip yg  pecah - plumber tu ckp dia jumpa 3 lubang kat batang paip)           
                                      
---->>> "pun yng menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." 
(64: 11)