Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Refleksi Umrah 6-14 Apr 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah walaupun dh lama xupdate, hari ni curi masa sikit nak update... Cuti easter sebulan hari tu even tak banyak revise alhamdulillah terisi dgn amal sebab diberi kesempatan untuk menunaikan umrah..
Ni just sekadar pengajaran/ panduan yang dapat dari pengalaman dan pemerhatian selepas berpeluang menjadi 'tetamu' Allah:

1) Berdoa banyak2 before bertolak ke sana (Mekah/Madinah)
Jangan sekadar cakap kat orang yg kita nak pegi sana tetapi mintaklah diorang berdoa untuk keselamatan & kemudahan kita semasa dan sepanjang berada di sana..jangan sekadar excited kutip kiriman doa dari kawan2.. Jangan confident sangat yg kita dapat buat semua amalan semasa kat sana nanti, sebab apa2 tu urusan-Nya, badan dan kesihatan kita juga adalah urusan Allah.. so jangan ingat kita ni tahan dari kena penyakit atau pape.. sebab tu kena banyak2 berdoa..  especially untuk akhawat sebab ada time yang kita tak leh buat solat, tawf dan puasa if kita 'period'. Even rasa time pergi tu memang waktu kita akan period, don't stop to pray to Him agar sentiasa suci masa kat sana.. jangan depends sgt nak ambik ubat2 sebab badan kita milik Allah, Dia yang jaga so berdoa banyak2..banyakkan solat hajat dan taubat before bertolak ke sana, ada jugak doa untuk tahan haid yg boleh dibaca juga..(tapi boleh je nak ambi ubat-depends kat orang jugak) Tapi bila dah period tu jangan rasa sedih sangat sebab Rasulullah saw pernah bersabda :

Aisyah meriwayatkan: "Kami keluar dari Madinah menuju ke Makkah untuk menunaikan haji. Apabila kami tiba di Saraf, aku didatangi haid. Rasulullah SAW masuk menemuiku ketika aku sedang menangis. Baginda bertanya: Kenapa kamu menangis? Adakah kamu didatangi haid? Aku menjawab: "Ya! Maka Baginda bersabda maksudnya: Sesungguhnya perkara ini (haid) sudah ditentukan Allah ke atas anak perempuan Adam. Maka, tunaikanlah apa saja yang biasa dikerjakan oleh seseorang yang mengerjakan haji, kecuali tawaf di Baitillah sehingga kamu suci." (Sahih al-Bukhari)

2) Perbetulkan niat sebelum dan semasa berada kat sana
Bila nak pegi sana, ramai sangat pesan jaga percakapan dan niat kena betul.. Sebabnya ingatla kita pergi sana bukan untuk melancong atau nak beli barang2 (kurma, jubah, etc) tapi kita pergi sana sebgai tetamu Allah untuk berdoa dan beribadat kpda-Nya yang tak semua berpeluang untuk ke sana waktu kita masih sihat dan kuat ni (tak kisah la tua ke muda) That's why niat kena betul sebab apa yg kita niatkan tu, itulah yg kita akan dapat..


(depan masjid nabawi- madinah)

3) Sentiasa beristighfar semasa berada kat sana & Jangan pikir banyak sangat
Sebabnya syaitan suka kacau kita punya hati, so banyak la rasa bila kat sana.. penatla, malasla, nak rehatla, panaslaahla, or pape yg tak elok sebenarnya.. Kalau penat, banyak2 mohon kat Allah biar kita dapat energy banyak sikit dan tak ingat pon penat tu.. Sebab kadang2 bila cuaca panas terik tu yg pikir nak duduk je diam2.. So dengan istighfar pon dapat hapuskan dosa2 kita instead buat kita sentiasa ingat kat Dia. :)
Bila terdetik benda yang tak baik pon kena istighfar cepat2.

Especially kalau orang tu ada sikap was-was, banyakla akan terganggu ibadatnya.. ni pon mainan hati je (so doa banyak2 depan Kaabah biar hilang perasaan was-was.. Based on my experience, selalu pikir betul ke cara buat ibadat ni/ rukun ni.. Ingat kita kena sentiasa yakin yang Allah akn terima ibadat kita.. atu lagi bila dah dalam ihram, akan ada larangan2 ihram yg kita kena jaga agar tak buat, so time ni la rasa rambut tercabut la, nak genyeh mata la(bulu mata tak leh cabut jugak), nak main2 ngan kuku la or pape yg boleh buat kita kena bayar dam.. sebenarnya benda tu kalo kita tak ingat, kita tak akan buat pon larangan2 ihram tu.. so make sure hati kena bersih, banyak2 doa sekali lagi..

4) Rebut peluang banyakkan berdoa sepanjang kat sana
Sebabnya tanah haram, doa2 kita senang dimakbulkan dan tiada hijab antara kita dengan Allah, so pape yg terdetik kat hati tu kenala baik2 sahaja.. teringat kat orang tu doa kat dia, teringat kat sape2 doalah... kalau doa yang orang pesan tu, tulisla takut lupa nanti... inshaAllah tak ada mudarat pon kat kita bila berdoa untuk orang lain.. jangan selfish nak doa untuk diri sendiri aje..


(night view from second floor at masjidil haram, Makkah)

5) Allah is near to us
Last sekali masa nak tinggalkan Mekah dan Madinah tu memang sayu dan sedih sangat sebab tak taw dapat peluang macam ni lagi ke tak untuk pergi ke sana.. But satu benda yang paling ingat ialah salah satu pengisian masa transit nak balik kat airport Tunisia, yang Allah ada kat mana-mana je.. so never stop praying to Him even tak berada kat Mekah.


Bagi sape2 yang baca ni, jangan rasa dalam hati yang kita tak mungkin dapat tengok Kaabah depan mata, tak ada duitla, atau pape pon sebab tu kehendak Allah. Kita kena berusaha juga ke arah tu dan jangan lose hope.. paling tidak berdoa dan pasang niat untuk sampai ke sana, InshaAllah Allah dengar doa hamba-hambaNya.. Semoga umrah dan ibadat saya dan sahabat2 lain diterima Allah, amiin ^_^ 

WaAllahu'alam

--->>"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh-tubuh kamu, dan tidak melihat kepada rupa-rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati dan amal-amal kamu" Hadis Riwayat Muslim


Friday, December 9, 2011

Minggu Bee zey tapi Happy :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
 
Alhamdulillah rasa entri ni pendek je kot sebab esok nak pegi London nak pick up family kat epot.. Mintak2 semua plan jadi.. and diorang pon bleh tahan sejuk kat sini... Hmm setakat ni snow tak turun2 lagi padahal family mai sini nak rasa snow... harap-harap ada la snow before diorang semua balik semula ke Malaysia..amiinn... Apapun tak sabar nak bawak diorang jalan-jalan.... (^_^) 
 
(ni masa kat trinity college of dublin, ireland masa  spring time)

Minggu ni sangatla tension sebab kena siapkan assignment and duk pegi ulang alik town sebab transfer duit yang diorang bagi untuk belanja kat sini.. dah la limit bleh keluar dua kali... so ari2 kena pegi town.. Assignment pon baru je part 1 siap.. Bila nak suh personal tutor proof-read td, dia takda plak smpai next week.. Alhamdulillah la peer dad yang selama ni tak respond, sudi nak proof read kan..
Untuk part 2 ni sementara pegi cari idea, duk pulak sibuk2 meng-update blog ni..laju je tangan taip entri ni dari duk taip assignment tuh, adoi..

Apapun kita enjoy weekend ni kat London puas-puas!! hehehe


---->>> "Think islamically, behave wisely, speak kindly, listen genuinely, pray attentively 
& you'll sleep soundly." :)

Friday, June 24, 2011

Not Totally Review

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah, baru je dua hari smpai Newcastle blik lepas pergi jalan-jalan.. Orang cakap time duk oversea la jalan puas2 tgk tempat orang... Sempat jugak la berjalan2 kat Italy, Spain n German, tak lupa last destination Edinburgh...Niat holiday pon kena betul jugak kalau tak nanti banyak la benda menyesal, duk merungut, tak puas ati la or membzir..
 Alhamdulillah walaupun holiday pergi tiga orang je (including me) semuanya berjalan macam dalam plan (terlebih bajet ckit tu biasala)... Setiap tempat ada dia punya attractions, tapi banyak2 tempat jalan, paling best for me dekat Spain.. sebab kat situ banyak tinggalan bangunan masa Islam bertapak kat situ... Alhambra la tempat buat semua orang kagum dengan seni ukiran ayat-ayat Al-Quran kat setiap ceruk dinding(boleh tengok gambar2 kat bawah)...mostly perkataan yang diukir kat dinding/tiang kat situ-  
"wa laa ghalib ila Allah" - "dan tiada penakluk yang bekuasa melainkan Allah"

Tujuannya adalah untuk mengingatkan Sultan dan rakyatnya bahawa hanya Allah je yang Maha Berkuasa walaupun ketika itu digelar Zaman Keemasan Islam.. Sunnguh merendah diri pemerintah dan rakyat ketika itu jauh jika nak dibandingkan dengan zaman sekarang...

(ni kat dinding)
(cantik kan!!)
(abaikan orang di dalam gamba itu)

 Ok lupakan pasal holiday.. sekarang kurang dari dua minggu je lagi untuk kami (me n Nabilah) pulang ke Malaysia HORAYY!! Hope semuanya selamat... Tapi kena stay KL dulu dua hari before betul2 smpai kat umah (Klate).. 
So terpaksala tumpang umah akak2 dulu (kalau diorg ada, kena konfim balik ni)...
InshaAllah blik nanti nak ambik lesen kereta so nanti bila nak clinical years kat Johor senang ckit bleh drive nak pegi hospital (huhu berangan lebih).. pastu puasa.. pastu raya.. best2.. 

(p/s: Doakan utk kesihatan nenek yang tengah terlantar sakit, semoga penderitaannya dikurangkan oleh Allah, amiin) 

--->> "Hasbunallahu wa ni`mal Wakil''
[Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).]''
'Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadanya segala urusan kami)'
(3:173)

 

Friday, April 8, 2011

The Road Not Taken

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"'

 
Alhamdulillah, cuti easter/spring dh bermula sminggu yang lepas.. so ada 3 minggu lagi cuti.. InshaAllah akan dimanfaatkan sepenuhnya.. seminggu yg lepas, kami satu rumah dan dua lagi kawan dari Newcastle spend time holiday kat Ireland.. Best tengok rmai classmate n kawan2 kmb kat sana, belajar sama2, solat sama2, makan sama2.. but, friends in newcastle pon ape kurangnya... Sebenarnya, kalau nak ikutkan memang peluang untuk further study adalah kat ireland... memang tak terlintas langsung nak masuk uni kat UK sebab asal bound utk uni Ireland.. lagipun lepas interview numed ari tu kena reject dlm bulan satu thun lepas, terus set mind utk ke Ireland sbb interview OK je.. so ape lagi, semua contact num senior dari Ireland, xda satu pon from UK...

Lepas result IB keluar, semua trus berubah... walaupun total points dh lepas n boleh dianggap tinggi (hehe Alhamdulillah) tapi IUMC nak chem 6, dpat 5, so uni tak terima, tapi still ada chance untuk buat twinning ngan Ireland under PMC sbb dia bukak offer untuk yg baru nk apply.. so memang ape2 PMC je time tu n kaunselor pon cakap chance nak dapat PMC tu tinggi walaupun kena interview lagi skali..

Lepas tu nak jadi alkisahnya, saja2 la anta emel kat orang NUMed ni cakap result IB bagus tp interview tak lepas, so bleh consider lagi ke tak.. ni memang saja2 main anta emel (bajet nak buat appeal la) sebab tengok kawan2 yg bound UK tak lepas points anta emel kat uni masing2... heheh... Tup2 dlm beberapa ari lepas tu, orang NUMed terus bagi unconditional offer..huhu rezeki.... terus macam terkejut, happy, cuak, pening, n macam2 lagi sebab tak expect pon akan dapat... satu lagi time tu tak dapat lagi result TOK tapi ckap kat org NUMed result full (hehe tipu), tu yang jadi panik... nak jadi cerita pergi anta emel cakap tak dapat full result balik, lepas tu diorang cakap tak dapat bagi lagi unconditional offer selagi tak dapat full result... Bila parents taw pasal ni terus kena marah sbb diorang cakap nape terus bgthu pasal result TOK yg tak kuar lagi sbb time before bgthu tu mmg dh dpt offer... adoi... tambah satu lagi perasaan - sedih sbb kna marah =(

Esoknya result TOK keluar, n full result pon keluar.. ni lagi parah sebb bila anta full result balik kat orang NUMed tu, org yang handle tu xda kat ofis seminggu..kena la sabar seminggu jugak... dahla time tu tengah sibuk pasal nak apply PMC + kena bayar dlm rm400 utk application baru... so memang kena buat choice terus nak pilih yang mana sama ada nak apply PMC n tggu org NUMed bagi unconditional offer lagi or trus tggu NUMed...  oh, lupa ada satu lgi interview dapat time tu iaitu interview untuk ke OTAGO uni, New Zeland.. memang dapat tiga2 tawaran ni dalam masa seminggu, dah la semua jenis lain2, and negara lain2, lagi la susah nk buat choice...(antara sebab2nya:)

  1. PMC - probability utk dapat offer tinggi, tapi tak taw di'allocate' uni mana either UCD or RCSI.
  2. NUMed - sebab hantar emel main2 masa awal2 tu so tak taw dpt lagi ke tak unconditional offer.   (xda kawan dari kmb sbb time tu semua org pilih nak g Ireland)
  3. OTAGO uni - prob nak dapat high jugak + ni full course, yg PMC n NUMed bkan full course.

Memang kalut minggu tu nak buat choice, dh la time tu tengah ad kat KL sebab saja spend time dgn kawan2... lagila tak dapat discuss elok2 ngan family..  Alhamdulillah lepas buat solat sunat istikharah n hajat.. inshaAllah my choice is right... terus cari contact sape2 senior dari NUMed/ newcastle n orang2 lain yang dapat NUMed jugak.. memang buat muka tak malu je time tu pergi tanye even silly questions... Classmate kat KMB pon ada bagi kawan dia punya fb yg memang dpt offer NUMed.... dari situ kami jadi housemate kat sini (^_^)


Alhamdulillah, kebetulan time tu ada program pre-departure (JOM), so niat nk ke sana nk dpt ilmu + cari kawan2 yang nak ke UK.. Alhamdulillah jumpa la geng2 dari kolej syahputra yg nak ke Newcastle...Lepas balik prog tu, agenda mencari kawan dteruskan hehe... time tu facebook banyak membantu sebab kami semua kenal through fb n xpernah jmpa pon (kawan2 dr KTT especially..) 

Huhu rezeki is unexpected.. dan Allah sentiasa memudahkan urusan kita.. Alhamdulillah... dulu sentiasa amalkan ayat seribu dinar dalam doa lepas solat.. dan sampai sekarang pon still amalkan sebab maksud dan cerita dsebalik ayat tu adalah rezeki Allah yg diturunkan dari arah yang kita tak sangka-sangka kan... (Surah At-Thalaq :2-3)



---->>> Alhamdulillah, i know my choice is right because here I met new friends, sisters and environment that i need to cope with... InshaAllah, my faith will be rising here.. amiin


Wednesday, March 2, 2011

The Blessing of Knowledge

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
 
Alhamdulillah weekend kali ni terisi dengan perkara yang bermanfaat.. Kali ni berpeluang ke satu lagi tempat di UK iaitu Birmingham.. pergi sana niat inshaAllah elok, sempena daurah tahmidi... Walaupun ada assignment yg dateline rabu ni yakni esok + ada ethics debate semalam, tetapi Allah permudahkan jalan utk ke sana juga...Jzkk kepada yang membantu ^_^, hanya Allah dapat membalas jasa kamu semua (satu sen pon tak keluar dari poket or kad utk kali ni -coklat, mkn minum, tambang dll semua ada orang belanja).. Daurah kali ni sangat best dari segi pengisian, takda pon yg mengantuk atau bosan kecuali ada satu sesi forum pada malamnya maybe sebab penat berjalan naik kereta dari Newcastle ke Birm.. Moga-moga dapat ajak kawan-kawan yang lain join sama program tersebut...
 
Assignment pon alhamdulillah dapat anta sehari awal dari dateline, ethics debate pon walau tak ada partner macam org lain tapi tutor ethics banyak membantu dengan menjawab soklan dari audience... maybe inilah dikatakan pertolongan dari Allah swt...semua urusan dipermudahkan...ingin dikongsikan satu ayat 34 dari surah Abraham iaitu:
"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahla kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkansesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya."
 (14:34)
(coretan untuk first talk)
Before on the way balik ke Birm, kitorang singgah dulu kat coventry road untuk beli buku dan lain-lain.. Buku yang dapat dirembat ialah Don't Be Sad aka La Tahzan versi English..nanti di lain post akan diceritakan sedikit pasal content buku tersebut...kitorang juga sempat makan nasi arab yang famous kat kawasan situ (ni pon orang yang belanja, jzkk :)...
 
(ni permandangan kat Newcastle, otw blik umah lepas klas abis dlm pkol 5-6petang ~ xda DSLR pon bleh jgk hehe)

(satu lagi permandangan senja ms otw blik umah)

--->>> ayat lebih kurang sama mcm kat atas 
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (16:18)


Monday, February 14, 2011

weekend di 'kolam hati'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
 
 Alhamdulillah..walaupun bakal menerima satu assignment hujung mggu ni dan satu lagi family study project yg belum belum siap, sempat jugak melencong satu hari ke... LIVERPOOL!!! Pergi bukan sorang2 taw tapi bawak 5 buah bas terus... kitorang join yang student festivals punya club yg anjur kan lawatan ke liverpool special utk international students.. just bayar duit tambang je xsampai 20 pound, pastu jalan2 sendiri..
 
Liverpool ni femes ngan diorang punya legend THE BEATLES... walaupun xtaw sgt psal grup music ni tp diorg punya lagu best jgk.. one more thing LIVERPOOL FOOTBALL CLUB.. yg ni pon xminat jgk..heheeh..
Masa pergi sana dpt jugak jmpa satu family ni asal Msian tapi diorg ni pon dtg jln2 sini sbb husband akak tu kalo xsilap buat PhD kat Bangor, Wales.. nanti bleh la jln2 g sana jugak..hehe..
 
(next stop- Birmingham tapi xsure lagi sebab kena siapkan two courseworks by this week at least) Lepas ni kena focus focus focus to my study!!! Moga-moga dipermudahkan segala urusan kami Ya ALLAH..amiin~~
 
okla layan ka gambar mengarut kitorang time kat sana..zazzss

(me, nabilah,tfa)
(ngan family kak ila)

(depan liverpool eye kot nama dia)

(background the beatles)


(snap ngan penyanyi jalanan)
--->>> "the love you make is equal to the love you take"

Monday, December 6, 2010

GlaSgow

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah weekend yg lalu dpt melawat Glasgow, Scotland utk pertama kalinya.. plus first time naek train kat UK ni.. erm kalo first time ni mestilah excited sikit ea hehe...train dia mmg best kalo nk compare ngan malaysia punya sbb kalo kat malaysia, yg handle psl train just ktm je tp kalo kat sini byk jenis company..
first time naik train pon byk jgk bnda jadi sbb sekarang snow still tbal lagi, so ari tu train asal mmg dh cancel tp dpt naik train lain dgn transit ke Edinburgh dulu...pastu balik ke newcastle pon mcm tu jgk tapi 3 kali tukar train sbb ad snow...syukur tak terkandas kat mana2..

(pandangan dari dalam train otw nak transit ke edinburgh)

Ape buat kat Glasgow ea?? sbnrnya g sana sbb ada prog n talk.. lgpon pergi sn nk jmpa kwn yang study kat Aberdeen.. Alhamdulillah hospitaliti kat glasgow mmg best.. tp sgan sgt dgan akak2 yg layan baik sgt sbb katanya kita ni dtg dari jauh nk compare dgn org lain yg study kat scottland ni..thanks akak2 ea ^__^

alhamdulillah banyak pengisian yg dapat spnjg dgr talk kat sana.. n for the first time dgar ceramah in english sbb jmputan yg bagi talk tu bkn orang melayu.. first2 ingat susah nk paham tp ok jer n dpt jugak paham...nk share satu ayat dari surah al-Israa'

" Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." (17: 70)

Maksud "...angkut mereka di daratan dan di lautan" - ALLAH mudahkan pengangkutan kita di dara
t mahupun di laut untuk menyenangkan kehidupan kita. Sebagai manusia kita seharusnya bersyukur dengan semua nikmat dan anugerah yang dikurniakan oleh ALLAH swt.. 'iman = the key for our personality'

(suasana selepas talk)

(o_0)

(with adawiah)


(selingan - dua big bear di tempat yg berlainan + org berlainan)

--->>> "The more struggle you do (mujahadah), the happier u will get (dunia n akhirat)"

Sunday, October 31, 2010

suatu petang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Sesudah klas speaking pada rabu lalu..ternmpk pokok yg lawa ni...subhanaALLAH...
ape lagi ambik gmbr la sblm pkok ni tggal ranting jer...


(dengan cik wani bakri)

-->>> speaking class sgt best!!