Monday, April 8, 2013

Kisah Nabi Ya'qub a.s. (ayah Nabi Yusuf a.s.)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah dapat jenguk semula blog yang dah nak berhabuk ni, disebabkan terlalu busy dengan assignment dan study, baru sempat untuk tulis entri pada tahun 2013.

Kali ni inshaAllah akan bercerita mengenai kisah Nabi Ya'qub a.s. Rasanya tak ramai yang tahu kisah nabi Allah ni, atau yang taw pun tak berapa detail iaitu cuma tahu Nabi Ya'qub ayah kepada Nabi Yusuf a.s...nak tahu macam mana Yusuf, Bunyamin dan saudara-saudaranya dilahirkan, kena baca smpai habis =)

Apa yang diceritakan di sini berdasarkan pembacaan dalam buku  Sejarah & Kisah Nabi-nabi dalam Al-Quran oleh Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi m/s272-279
 
Ibnu Katsir berkata: "Ahli kitab menyebutkan, Ishaq berkahwin dengan Rifqa (anak perempuan Tawabil), iaitu pada saat ayahnya (Nabi Ibrahim a.s.) masih hidup. Pada waktu itu ishaq berumur 40 thun dan isterinya Rifqa seorang wanita yang mandul, kemudian Allah memakbulkan doa Ishaq agar Rifqa hamil. Rifqa melahirkan dua anak kembar, Aishu (nama Arabnya 'Aish), nenek moyang bangsa Rom, dan Ya'qub, nenek moyang Bani Israel."

 Berdasarkan ahli kitab, Aishu disayangi oleh bapanya kerana dia lebih besar dan pandai berburu,
manakala Ya'qub disayangi oleh ibunya kerana dia anak yang paling kecil.

[gambar hiasan- pemandangan waktu dhuha diambil dari puncak Gua Hira' ]

Semasa Ishaq tua dan penglihatannya kabur, dia meminta Aishu untuk berburu mencari makanan. Selepas dia berangkat, Rifqa menyuruh Ya'qub menyembelih dua ekor kambing dan memasak keduanya menjadi makanan kesukaan ayahnya. Ya'qub memberikan makanan tersebut sebelum Aishu tiba dengan memakai pakaian yg dipakai Aishu dan memegang dua ekor kambing di lengannya dengan ekornya di letak di lehernya kerana bau badan Aishu lebih menyengat daripadanya. Ayahnya bertanya siapa kamu setelah dia mendekati ayahnya. Ya'qub berkata: "Anakmu". Ishaq memeluknya dan berkata di dalam hati "Suara adalah Ya'qub tapi bau dan pakaiannya adalah pakaian Aishu."

Ishaq mendoakannya agar Allah memperbanyak rezeki dan anak Ya'qub setelah selesai makan.
Tapi Aishu datang membawa makanan yang ayahnya suka tetapi ayahnya telah makan dan mendoakan anaknya. Aishu sangat sedih bila dapat tahu Ya'qub mendahuluinya dan berjanji akan membunuhnya apabila Ishaq meninggal dunia. 

Ibunya, Rifqa mendengar kata-kata Aishu dan menyuruh Ya'qub pergi ke rumah saudara lelakinya, Laban yang berada di tanah Harran. Semasa dalam perjalanan, Ya'qub tertidur dan bermimpi langit terbelah dan turun para makaikat dan ada juga yg naik. Lalu Allah s.w.t berfirman "Sesungguhnya Aku akan memberkatimu dan memperbanyak anak dan cucumu. Dan Aku jadikan untukmu bumi ini dan keturunanmu setelahmu."

 Setelah terjaga, Ya'qub terus bernazar akan membangun tempat ibadah kepada Allah jika dia kembali kepada keluarganya dengan selamat. Dia menandai tmpat tersebut dengan batu minyak dan dinamakan dengan Baitul Iliya (Baitullah). Kawasan ini merupakan Baitul Maqdis pada hari dia membangunkannya.

Ya'qub sampai di rumah bapa saudaranya, Laban, di tanah Harran. Laban mempunyai dua anak perempuan, Lia (yg sulung) dan Rahil. Lia bermata sepet manakala Rahil lebih manis dan cantik. Ya'qub mahu meminang Rahil tetapi Laban menerima pinangan tersebut dengan satu syarat, iaitu menggembala kambing selama 7 tahun. Lepas 7 tahun, Ya'qub dikahwinkan dengan anak perempuan Laban, Lia bukan Rahil kerana adat mereka untuk menikahkan si kakak. Ya'qub merasa tertipu tetapi dia telah berkahwin dngan Lia.

So nak tahu Ya'qub kahwin jugak ke tak dengan Rahil, kita sambung nanti yerr bersama kisah mukjizat Nabi Ya'qub... ^_^

bersambung......
   
-credit to Sejarah & Kisah Nabi-nabi dalam Al-Quran oleh Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi m/s272-279



 

Wednesday, December 12, 2012

My Dream Car.. Wishlist for 2012/1433H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah, hari ni orang cakap tarikh dia special sbbnya 12.12.12, so entri kali ni pon special for me actually.. :)

Alhamdulillah I own a car now!! :DD Lepas raya hari tu ayah setuju nak belikan kereta. hee tapi kereta ni bukanlah duit parents semata-mata... Alhamdulillah berkat menabung masa kat UK selama 2 tahun, dapat la guna duit tu untuk buat down payment kereta.. Yup, sebenarnya duit bulanan yang MARA bagi tu amatlah berlebihan kalau pandai guna (hee puji diri sendiri). Skang pon ada lebih lagi lepas byar kereta, bleh tampung nak bayar minyak kereta nanti..

So basically I am not too fancy about shopping things especially baju-baju, boots, etc.. Tapi tak la cakap tak beli langsung, cuma jangan berlebihan. Kalau nak cakap tak beli barang/ hadiah kat orang atau family, banyak je beli and tak dala bagi diorang barang-barang primark. Mostly beli barang yang branded jugak untuk diorang tapi still duit ada lebih.... 

Satu lagi, kalau nak cakap kita tak pegi jalan-jalan europe, salah jugak sebab sepanjang 2 tahun kat UK antara tempat yang sempat pergi Itali, Sepanyol, German, Paris, Ireland.. Tempat-tempat kat UK almost dah banyak cover walaupun tak semua... Dan satu lagi, dapat simpan duit untuk pergi buat umrah bulan 4 hari tu, Alhamdulillah... ^_^

Maybe ni berkat bagi barang kat orang tu yang rezeki sentiasa ada dan tak pernah rasa miskin atau tak ada duit atau pinjam duit dengan orang..  So my advice for those yang nak fly atau tengah kat negara orang, jangan membazir sangat shopping barang kat diri sendiri.. dan banyakkan menabung.. Plan dari awal contohnya kalau nak berjalan-jalan. Jangan beli last minute ticket untuk jalan-jalan..  
InshaAllah if I can do it, you also can!!

Just terfikir, kalau nak dekat 2 tahun simpan duit dah dapat buat down payment kereta, apa lagi orang yang stay kat overseas for almost 4 or 5 years.. mesti lagi banyak bleh simpan.... buat kawen ke (untuk laki), beli rumah ke?atau beli kereta cash? :P

(tadaaaa!!, ni keretanya, suka no plat dia DCD....)

Heee memang tak sabar nak guna kereta tu, walaupun tak bleh nak compare ngan kereta kawan-kawan yang lain, tapi Alhamdulillah rasa bersyukur sangat-sangat sebab kereta tu ada jugak guna duit dari titik peluh menabung :) 
Alhamdulillah3x mostly my wishlists untuk tahun ni dah tercapai..

Terima kasih jugak to my lovely parents yang sangat memahami, and support for the rest.. 
LOVE YOUUU VERY MUCH!! 

Hopefully my siblings tak dengki/jealous sebab ayah dan umi belikan kereta.. InshaAllah rezeki setiap orang lain-lain.  For me it's a car... and you maybe rezeki yang tak nampak lagi :) Peace...

 --->>> "Sesungguhnya Tuhanmu lah yang melapangkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menyempitkannya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambanya." [17:30]



Sunday, November 18, 2012

Jom Solat Dhuha!!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah kali ni nak share pasal kelebihan solat dhuha dan cara-cara nak praktikkannya. Solat sunat dhuha tergolong dalam solat sunat mua'kad (yang sangat dituntut). Rasulullah saw selalu mengerjakannya dan menyarankan serta mewasiatkan para sahabatnya agar melaksanakan solat sunat dhuha ini.

Daripada Abu Hurairah ra berkata:
Kekasihku SAW telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku: berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur.
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no:1981


Secara ringkas fakta solat dhuha yang kita kena tahu (harap diperbetulkan jika salah):

Waktu (bermula): 20-28 minit selepas syuruk (naik matahari) aka selepas habis waktu subuh
           (berakhir): 10-15 minit sebelum masuk waktu Zuhur 
-waktu paling afdhal ialah sewaktu matahari panas terik  
-- Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi)

Bilangan rakaat : 2, 4, 6, 8 atau 12 (sekurang-kurangnya laksanakan 2 rakaat)

Niat : "Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Bacaan sesudah al-fatihah (yang disarankan) *
Raakat 1 : surah As-Syams
Rakaat 2 : surah Ad-Dhuha

*boleh juga membaca mana-mana surah dari Al-Quran jika tidak menghafal surah-surah tersebut 

Doa selepas solat dhuha sangat-sangatlah disaran untuk baca kerana maksudnya sangat best dan dimulai dengan pujian kepada Allah SWT. Bagi yang susah nak hafal, just bukak you tube taip



Best kan lagu dia, in shaa Allah lama-lama duk ikut dan dengar nanti akan ingat. ^_^ 

Solat sunat dhuha merupakan perbuatan yang diibaratkan ganti kepada sedekah seperti dalam hadis di bawah: 

Daripasa Abu Dzar ra, rasulullah SAW bersabda: 
" Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk ruas tulang badanmu. maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebgai ganti daripada semua itu, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha."
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

In shaa Allah jadikan amalan ini setiap hari secara istiqamah seperti kita sentiasa memberus gigi setiap hari :)
 Antara fadilat- fadilat solat sunat ini ialah semestinya untuk mendapat keredhaan daripada Allah swt dan dimurahkan rezeki. Perlu diingatkan setiap amalan yang kita lakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt bukan semata-mata untuk mendapat rezeki yang banyak. Antara fadilat lain:

  • Daripada Abu Hurairah ra, rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan."
  • Rasulullah SAW bersabda" "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan 'Dhuha'. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: "Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silalh masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah." (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis lain dari Nuwas bin Sam'an, "Allah berfirman: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya." (HR Hakim dan Tabrani)

-credit to fadhilat dhuha


Jangan jadikan alasan busy atau tak ada masa terluang sebagai penghalang untuk buat solat sunat dhuha. Tak akan ada yang kena belajar atau bekerja tanpa rehat. Gunakan waktu rehat tu sebaik-baiknya dengan buat solat sunat ni, bukan dihabiskan masa rehat dengan makan dan berbual kosong sahaja. Paling lama pon ambil masa 15 minit je. Kalau kelas start pukul 9, before pegi kelas tu bleh buat.

 In shaa Allah ketenangan hidup dan keredhaan Allah yang kita cari akan diperolehi jika kita pun bersungguh untuk ke arah itu. Duit bukan segala-galanya jika hidup tak tenang. betul kan? contoh kalau pakai kasut/ baju baru tapi nmpak orang lain lagi cantik apa gunanya. So rezeki yang kita cari bukan semata-mata duit tapi kebahagiaan hidup dengan menjadi manusia yang lebih bersyukur dan menghargai apa yang ada. In shaa Allah :) 

Wa Allahu A'lam.