Wednesday, December 12, 2012

My Dream Car.. Wishlist for 2012/1433H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah, hari ni orang cakap tarikh dia special sbbnya 12.12.12, so entri kali ni pon special for me actually.. :)

Alhamdulillah I own a car now!! :DD Lepas raya hari tu ayah setuju nak belikan kereta. hee tapi kereta ni bukanlah duit parents semata-mata... Alhamdulillah berkat menabung masa kat UK selama 2 tahun, dapat la guna duit tu untuk buat down payment kereta.. Yup, sebenarnya duit bulanan yang MARA bagi tu amatlah berlebihan kalau pandai guna (hee puji diri sendiri). Skang pon ada lebih lagi lepas byar kereta, bleh tampung nak bayar minyak kereta nanti..

So basically I am not too fancy about shopping things especially baju-baju, boots, etc.. Tapi tak la cakap tak beli langsung, cuma jangan berlebihan. Kalau nak cakap tak beli barang/ hadiah kat orang atau family, banyak je beli and tak dala bagi diorang barang-barang primark. Mostly beli barang yang branded jugak untuk diorang tapi still duit ada lebih.... 

Satu lagi, kalau nak cakap kita tak pegi jalan-jalan europe, salah jugak sebab sepanjang 2 tahun kat UK antara tempat yang sempat pergi Itali, Sepanyol, German, Paris, Ireland.. Tempat-tempat kat UK almost dah banyak cover walaupun tak semua... Dan satu lagi, dapat simpan duit untuk pergi buat umrah bulan 4 hari tu, Alhamdulillah... ^_^

Maybe ni berkat bagi barang kat orang tu yang rezeki sentiasa ada dan tak pernah rasa miskin atau tak ada duit atau pinjam duit dengan orang..  So my advice for those yang nak fly atau tengah kat negara orang, jangan membazir sangat shopping barang kat diri sendiri.. dan banyakkan menabung.. Plan dari awal contohnya kalau nak berjalan-jalan. Jangan beli last minute ticket untuk jalan-jalan..  
InshaAllah if I can do it, you also can!!

Just terfikir, kalau nak dekat 2 tahun simpan duit dah dapat buat down payment kereta, apa lagi orang yang stay kat overseas for almost 4 or 5 years.. mesti lagi banyak bleh simpan.... buat kawen ke (untuk laki), beli rumah ke?atau beli kereta cash? :P

(tadaaaa!!, ni keretanya, suka no plat dia DCD....)

Heee memang tak sabar nak guna kereta tu, walaupun tak bleh nak compare ngan kereta kawan-kawan yang lain, tapi Alhamdulillah rasa bersyukur sangat-sangat sebab kereta tu ada jugak guna duit dari titik peluh menabung :) 
Alhamdulillah3x mostly my wishlists untuk tahun ni dah tercapai..

Terima kasih jugak to my lovely parents yang sangat memahami, and support for the rest.. 
LOVE YOUUU VERY MUCH!! 

Hopefully my siblings tak dengki/jealous sebab ayah dan umi belikan kereta.. InshaAllah rezeki setiap orang lain-lain.  For me it's a car... and you maybe rezeki yang tak nampak lagi :) Peace...

 --->>> "Sesungguhnya Tuhanmu lah yang melapangkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menyempitkannya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambanya." [17:30]



Sunday, November 18, 2012

Jom Solat Dhuha!!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah kali ni nak share pasal kelebihan solat dhuha dan cara-cara nak praktikkannya. Solat sunat dhuha tergolong dalam solat sunat mua'kad (yang sangat dituntut). Rasulullah saw selalu mengerjakannya dan menyarankan serta mewasiatkan para sahabatnya agar melaksanakan solat sunat dhuha ini.

Daripada Abu Hurairah ra berkata:
Kekasihku SAW telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku: berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur.
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no:1981


Secara ringkas fakta solat dhuha yang kita kena tahu (harap diperbetulkan jika salah):

Waktu (bermula): 20-28 minit selepas syuruk (naik matahari) aka selepas habis waktu subuh
           (berakhir): 10-15 minit sebelum masuk waktu Zuhur 
-waktu paling afdhal ialah sewaktu matahari panas terik  
-- Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi)

Bilangan rakaat : 2, 4, 6, 8 atau 12 (sekurang-kurangnya laksanakan 2 rakaat)

Niat : "Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Bacaan sesudah al-fatihah (yang disarankan) *
Raakat 1 : surah As-Syams
Rakaat 2 : surah Ad-Dhuha

*boleh juga membaca mana-mana surah dari Al-Quran jika tidak menghafal surah-surah tersebut 

Doa selepas solat dhuha sangat-sangatlah disaran untuk baca kerana maksudnya sangat best dan dimulai dengan pujian kepada Allah SWT. Bagi yang susah nak hafal, just bukak you tube taip



Best kan lagu dia, in shaa Allah lama-lama duk ikut dan dengar nanti akan ingat. ^_^ 

Solat sunat dhuha merupakan perbuatan yang diibaratkan ganti kepada sedekah seperti dalam hadis di bawah: 

Daripasa Abu Dzar ra, rasulullah SAW bersabda: 
" Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk ruas tulang badanmu. maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebgai ganti daripada semua itu, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha."
(HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

In shaa Allah jadikan amalan ini setiap hari secara istiqamah seperti kita sentiasa memberus gigi setiap hari :)
 Antara fadilat- fadilat solat sunat ini ialah semestinya untuk mendapat keredhaan daripada Allah swt dan dimurahkan rezeki. Perlu diingatkan setiap amalan yang kita lakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt bukan semata-mata untuk mendapat rezeki yang banyak. Antara fadilat lain:

  • Daripada Abu Hurairah ra, rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan."
  • Rasulullah SAW bersabda" "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan 'Dhuha'. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: "Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silalh masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah." (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis lain dari Nuwas bin Sam'an, "Allah berfirman: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya." (HR Hakim dan Tabrani)

-credit to fadhilat dhuha


Jangan jadikan alasan busy atau tak ada masa terluang sebagai penghalang untuk buat solat sunat dhuha. Tak akan ada yang kena belajar atau bekerja tanpa rehat. Gunakan waktu rehat tu sebaik-baiknya dengan buat solat sunat ni, bukan dihabiskan masa rehat dengan makan dan berbual kosong sahaja. Paling lama pon ambil masa 15 minit je. Kalau kelas start pukul 9, before pegi kelas tu bleh buat.

 In shaa Allah ketenangan hidup dan keredhaan Allah yang kita cari akan diperolehi jika kita pun bersungguh untuk ke arah itu. Duit bukan segala-galanya jika hidup tak tenang. betul kan? contoh kalau pakai kasut/ baju baru tapi nmpak orang lain lagi cantik apa gunanya. So rezeki yang kita cari bukan semata-mata duit tapi kebahagiaan hidup dengan menjadi manusia yang lebih bersyukur dan menghargai apa yang ada. In shaa Allah :) 

Wa Allahu A'lam.



Wednesday, October 31, 2012

Saaaaaayang Umi, Mmmmuah!! xx


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Hello! Rasanya dah lama tak update blog ni, maybe ke'busy'an sebagai medical student? ataupun tak ada cerita baru? Adaaaa, cuma malas heee
Firstly nak bagitau yang diri ini telah kembali menyambung pengajian di kampus NUMed Malaysia kat Nusajaya Johor. Alhamdulillah kalau nak compare mestila best belajar kat Malaysia!! :) sebabnya dapat balik umah selalu, even Kelantan ngan Jb tu jauh tapi setakat ni dah dua kali balik rumah (within 1 month) dan sekali pergi Puchong, jalan-jalan umah my twin sisters. Hehe

Satu lagi best sebabkan NUMed ni salah satu IPTS, so bangunan dia memang lawa dan cantik, toilet, surau semua best! Lecture theatre pun first class, sama taraf macam UK punya Newcastle Uni. Lunch pun dah boleh makan nasi dgn lauk banyak-banyak as semua HALAL ^_^
So setakat ni no complain, Alhamdulillah. NUMed pun dekat dengan Legoland, jadi tak der la isolated sangat tempat ni..

[view from numed cafe- lunch time]

Okla back to the topic, sebenarnya nak cerita pasal umi, ibu, mama atau apa2 la yang kita semua panggil kat emak kita. Cuba try reflect balik diri kita, pernah tak cakap kasar atau marah kat emak kita? mesti semua pernah kan? For my mom, she always lost her glasses, and always ask everyone to find for it. Kadang-kadang pernah jugak cakap nanti gantung spec tu kat leher atau letak kat tempat yang sama ke atau marah kenapa selalu lupa etc.

Bila fikir balik, umi lah yang paling banyak ingat benda kat dalam rumah tu. Contohnya, umi selalu ingat hari apa lori sampah akan pick up smpah2 kat luar rumah so that boleh kumpul kan sampah kat luar (lori sampah datang selang 3 hari- alamak ye ke?) . Umi juga ingat dan tahu bila stok-stok dalam rumah akan habis (sabun, gula,ayam, ikan dll) Ari tu siap tahu lagi ikan apa yang tak ada dalam fridge 
(Hebat kan!)

Semua contoh-contoh ni biasanya akan sama dengan emak2 kita semua kan? 
Dan pastinya semua mak kita hebat-hebat, betul tak?
So, konklusinya, apa salahnya jika umi lupa satu je yang berkait dengan dirinya iatu her glasses sebab umi dah banyak ingat benda lain yang ada dalam rumah.

Sebagai pengajarannya, jangan cepat melatah bila umi / emak2 kita suruh kita tolong dia sikit. Memang tak akan dapat balas jasa mereka sebab kalau nak dikirakan memang banyak pengorbanan mak kita untuk keluarga.

Jangan juga merungut jika mak masak masakan yang sama atau tak sedap sebab bila dah rasa diri tu besar memanjang, pergila tolong mak kat dapur, baru tahu susah nak pikir menu untuk setiap hari.

Hargailah mak kita selagi mereka masih ada bersama-sama dengan kita. 
p/s: selalu mintak maaf dengan mak (sama juga untuk ayah) even tak buat salah dan ucap TQ :) 

(Banyakkan sedekahkan bacaan ayat al-Quran untuk jika mak telah pergi menghadap Ilahi,
 seseungguhnya doa anak yang soleh itu saham bagi mereka) 

Saaaaaaayang Umi xx


[ayah, umi and myself]

---->>> "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" [Ibrahim 14:41]

Tuesday, May 8, 2012

Jarang kita betul-betul berterima kasih

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah, kali ni just nak share apa yang dapat masa pergi satu program..
Ia mengenai pemahaman saya berdasarkan pengalaman sendiri juga..

(tulipsss at my university)
Ada dua konsep yang salah sebenarnya:

1)Ada orang selalu cakap berserah kepada takdir, sebab Allah yang menentukan segala-galanya, so duduk diam atau buat kerja pon akan dapat benda sama sebab Allah memang nak bagi macam tu...

2)Ada juga orang yang percaya yang apa dia usaha, itulah yang dia akan dapat.. dan tak ada kaitan dengan Tuhan pon, Nauzubillah..

Sepatutnya,. kita perlu berikhtiar dan berusaha untuk capai apa yang kita nak, sebab Allah tengok dan nilai kita punya usaha atau effort bukan nya hasil yang kita perolehi. Apa-apa pon outcome yang kita dapat itu adalah urusan Allah semata-mata yang kita tak perlu nak pikir sangat sebab Allah beri sesuatu kat kita tu pon dengan rahmat-Nya juga..


contohnya kalau nak lebih paham, macam kita yakin ke if kita baca buku dan hafal semua nota-nota penting tu akan membuatkan kita lulus exam dengan cemerlang? Kita dapat result hebat selama ni pon adalah sebab rahmat Allah juga... Kalau tak ada rahmat Allah, mungkin masa exam tiba-tiba blank or panik sampai lupa apa yang kita belajar selama ni.. That's why kita kena berada kat tengah-tengah bukan menjadi golongan nombor 1 atau 2 yang tadi..

Tengok sekeliling kita, ada je orang struggle hebat-hebat, belajar siang malam, tapi still tak dapat result elok.. Ni bukan menunjukkan dia tak dapat rahmat Allah tetapi bukan masa lagi untuk dia terima nikmat itu, dan dia perlu ingat yang Allah nilai effort dan usaha bukan hasilnya.. (cth lain berniaga barang yang tak laku, atau ajak orang buat baik tapi tak da sape dengar etc) Allah juga nak tengok sejauh mana kita sabar untuk terima yang kita anggap sebagai 'ujian hidup' itu.. Pape kena sentiasa betulkan niat kita sebab takut kita buat sesuatu dengan niat tak elok, pastu tak dapat hasil pape, outcome tak dapat, pahala pon tak dapat..

ingatlah ayat dalam surah Al-Baqarah: 286-
"Allah tak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dan kebaikan)yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatannya) yang dikerjakannya..."
 

(view from inside of masjidil haram)

Satu lagi nak cerita ialah mengenai sabar dan syukur,

"orang boleh bersabar dengan ujian yang diterima, tapi belum tentu dia bersyukur diberi ujian tersebut" -quoted-

Selalu cakap sabar-sabar kat diri sendiri bila dapat something yang kita tak suka atau ditimpa ujian, tapi susah nak pujuk hati supaya bersyukur dapat ujian tersebut.. Sebab perasaan menyesal, 'kalaula' atau pape tu memang akan terdetik yang mana merupakan bisikan syaitan juga.. Selalulah berdoa dan mengucap Alhamdulillah agar kita sentiasa menjadi golongan orang yang sabar dan bersyukur.. 

"....... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (Al-Baqarah:216)

Betul, kalau pikir balik apa-apa benda  yang kita dapat dan tak suka atau menyesal sebenarnya terselit banyak sesuatu yang manis dan kebaikan, contoh buat kita lagi rapat dengan sorang ni ke, atau dapat faham perasaan orang lain dan cara nak jaga hati diorang bila diorang ada masalah. and the most important, bentuk kita jadi lebih kuat, so kalau dapat masalah lain, akan senang nak hadapi.. 
"InshaAllah ujian yang hebat adalah untuk orang-orang yang hebat"  
Untuk sentiasa bersyukur dan bersabar dengan nikmat atau ujian hidup, perlulah adanya kawan dan sahabat yang membawa kita ke jalan Allah yang sentiasa dapat bagi nasihat dan optimis .. Kalau kawan asyik duk merungut, nanti terikutla perangai tu kat kita.. Bukan nak suruh tinggalkan kawan-kawan yang macam tu tapi kita pon jadilah kawan yang baik untuk kawan-kawan kita tu...

WaAllahu3alam..


--->>>“…dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya…” (6:59)



Tuesday, May 1, 2012

Refleksi Umrah 6-14 Apr 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah walaupun dh lama xupdate, hari ni curi masa sikit nak update... Cuti easter sebulan hari tu even tak banyak revise alhamdulillah terisi dgn amal sebab diberi kesempatan untuk menunaikan umrah..
Ni just sekadar pengajaran/ panduan yang dapat dari pengalaman dan pemerhatian selepas berpeluang menjadi 'tetamu' Allah:

1) Berdoa banyak2 before bertolak ke sana (Mekah/Madinah)
Jangan sekadar cakap kat orang yg kita nak pegi sana tetapi mintaklah diorang berdoa untuk keselamatan & kemudahan kita semasa dan sepanjang berada di sana..jangan sekadar excited kutip kiriman doa dari kawan2.. Jangan confident sangat yg kita dapat buat semua amalan semasa kat sana nanti, sebab apa2 tu urusan-Nya, badan dan kesihatan kita juga adalah urusan Allah.. so jangan ingat kita ni tahan dari kena penyakit atau pape.. sebab tu kena banyak2 berdoa..  especially untuk akhawat sebab ada time yang kita tak leh buat solat, tawf dan puasa if kita 'period'. Even rasa time pergi tu memang waktu kita akan period, don't stop to pray to Him agar sentiasa suci masa kat sana.. jangan depends sgt nak ambik ubat2 sebab badan kita milik Allah, Dia yang jaga so berdoa banyak2..banyakkan solat hajat dan taubat before bertolak ke sana, ada jugak doa untuk tahan haid yg boleh dibaca juga..(tapi boleh je nak ambi ubat-depends kat orang jugak) Tapi bila dah period tu jangan rasa sedih sangat sebab Rasulullah saw pernah bersabda :

Aisyah meriwayatkan: "Kami keluar dari Madinah menuju ke Makkah untuk menunaikan haji. Apabila kami tiba di Saraf, aku didatangi haid. Rasulullah SAW masuk menemuiku ketika aku sedang menangis. Baginda bertanya: Kenapa kamu menangis? Adakah kamu didatangi haid? Aku menjawab: "Ya! Maka Baginda bersabda maksudnya: Sesungguhnya perkara ini (haid) sudah ditentukan Allah ke atas anak perempuan Adam. Maka, tunaikanlah apa saja yang biasa dikerjakan oleh seseorang yang mengerjakan haji, kecuali tawaf di Baitillah sehingga kamu suci." (Sahih al-Bukhari)

2) Perbetulkan niat sebelum dan semasa berada kat sana
Bila nak pegi sana, ramai sangat pesan jaga percakapan dan niat kena betul.. Sebabnya ingatla kita pergi sana bukan untuk melancong atau nak beli barang2 (kurma, jubah, etc) tapi kita pergi sana sebgai tetamu Allah untuk berdoa dan beribadat kpda-Nya yang tak semua berpeluang untuk ke sana waktu kita masih sihat dan kuat ni (tak kisah la tua ke muda) That's why niat kena betul sebab apa yg kita niatkan tu, itulah yg kita akan dapat..


(depan masjid nabawi- madinah)

3) Sentiasa beristighfar semasa berada kat sana & Jangan pikir banyak sangat
Sebabnya syaitan suka kacau kita punya hati, so banyak la rasa bila kat sana.. penatla, malasla, nak rehatla, panaslaahla, or pape yg tak elok sebenarnya.. Kalau penat, banyak2 mohon kat Allah biar kita dapat energy banyak sikit dan tak ingat pon penat tu.. Sebab kadang2 bila cuaca panas terik tu yg pikir nak duduk je diam2.. So dengan istighfar pon dapat hapuskan dosa2 kita instead buat kita sentiasa ingat kat Dia. :)
Bila terdetik benda yang tak baik pon kena istighfar cepat2.

Especially kalau orang tu ada sikap was-was, banyakla akan terganggu ibadatnya.. ni pon mainan hati je (so doa banyak2 depan Kaabah biar hilang perasaan was-was.. Based on my experience, selalu pikir betul ke cara buat ibadat ni/ rukun ni.. Ingat kita kena sentiasa yakin yang Allah akn terima ibadat kita.. atu lagi bila dah dalam ihram, akan ada larangan2 ihram yg kita kena jaga agar tak buat, so time ni la rasa rambut tercabut la, nak genyeh mata la(bulu mata tak leh cabut jugak), nak main2 ngan kuku la or pape yg boleh buat kita kena bayar dam.. sebenarnya benda tu kalo kita tak ingat, kita tak akan buat pon larangan2 ihram tu.. so make sure hati kena bersih, banyak2 doa sekali lagi..

4) Rebut peluang banyakkan berdoa sepanjang kat sana
Sebabnya tanah haram, doa2 kita senang dimakbulkan dan tiada hijab antara kita dengan Allah, so pape yg terdetik kat hati tu kenala baik2 sahaja.. teringat kat orang tu doa kat dia, teringat kat sape2 doalah... kalau doa yang orang pesan tu, tulisla takut lupa nanti... inshaAllah tak ada mudarat pon kat kita bila berdoa untuk orang lain.. jangan selfish nak doa untuk diri sendiri aje..


(night view from second floor at masjidil haram, Makkah)

5) Allah is near to us
Last sekali masa nak tinggalkan Mekah dan Madinah tu memang sayu dan sedih sangat sebab tak taw dapat peluang macam ni lagi ke tak untuk pergi ke sana.. But satu benda yang paling ingat ialah salah satu pengisian masa transit nak balik kat airport Tunisia, yang Allah ada kat mana-mana je.. so never stop praying to Him even tak berada kat Mekah.


Bagi sape2 yang baca ni, jangan rasa dalam hati yang kita tak mungkin dapat tengok Kaabah depan mata, tak ada duitla, atau pape pon sebab tu kehendak Allah. Kita kena berusaha juga ke arah tu dan jangan lose hope.. paling tidak berdoa dan pasang niat untuk sampai ke sana, InshaAllah Allah dengar doa hamba-hambaNya.. Semoga umrah dan ibadat saya dan sahabat2 lain diterima Allah, amiin ^_^ 

WaAllahu'alam

--->>"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh-tubuh kamu, dan tidak melihat kepada rupa-rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati dan amal-amal kamu" Hadis Riwayat Muslim


Monday, March 26, 2012

Part 2: That's not the End

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah berjaya jugak buat part 2 kali ni.. sape nak baca part 1 bleh tekan kat sini (part1) 
camne nak start yang ni ea.. tapi basically ni nak crite time kitorang punya last visit patient tu ..sedihnya :( dah last.. kebetulan time hari visit tu adalah time start minggu Discover Islamic Week (DIW) dekat kita punya universiti.. memang sangat kenalah timing dia..  

DIW tahun ni better dari last year sebab kali ni ada khemah besar depan student union kitorang, lagi satu tempat tu pon main place untuk student lalu lalang.. kat dalam khemah tu ada la orang yang ditugaskan  untuk layan sape2 yang masuk.. ada pameran, buku-buku islamic free dan ada snack free.. :) ada jugak talk tapi bukan kat dalam khemah tu...
So memang nak sangat ajak dia masuk kat dalam khemah tu..  dah aim la nak ajak dia masuk lepas kitorang punya visit.. nak ajak ni susah sikit sbb takut kena reject (sy ni orangnya akn terus down kalo orang reject pape)

(ni poster DIW baru-baru ni)
pastu masa on the way nak pegi tu konfirm akan lalu kat tempat tu, dengan beraninya ajak dia masuk dalam khemah tu bila dah nak balik nanti.. alhamdulillah respons pon baik, dia cakap ok, nak jugak taw apa ada kat dalam.. pastu dengan semangatnya cakap yang DIW ni interesting, bla bla2.. terus rasa tak sabar nak balik...

ok ni lepas abis visit patient tu.. kitorang biasanya akan naik metro aka ktm tapi ktm buruk sangat, ok lrt.. heheh, masa nak tunggu tu tak taw perasaan semangat nak cerita datang dari mana ntah tanya dia macam2.. dia pon tanya macam2..

first tanya kat dia, dia percaya ke pasal after life (akhirat), pastu dia cakap tak, dia cakap kalau mati, dah, tu the end untuk dia... pastu bagitaw kat dia yang first time ada kawan yang tak percaya after life,  masing-masing gelak hehehehe ok abaikan. then tanya dia balik kenapa tak percaya after life? dia bgtaw apa entah tapi basically dia bagi taw benda tu merepek je.. pastu tanya lagi so ape opinion orang yang percaya after life macam kita semua, ayat dia lebih kurang macam ni la : so what do you think about people believing in after life? you think we crazy or what.. haha sori la kalau cara tanya salah sebnarnya, dia punya jwpn dia cakap yang setiap orang ada kepercayaan masing-masing, so tak dala crazy ke ape..

dia ada tanya pernah ke belajar pasal agama lain, time tu macam blurr kejap sebab rasanya ambik pendidikan islam je kat sekolah, tp time kmb ada orang yg revert datang bagi talk, so cakap kat dia yang ada orang datang cerita experience dan buat comparison pasal agama lain, bila dia tanya kenapa orang tu revert, terus blank sebab tak ingat, arghh teruk jugak rasa time tu sebab tak dapat bagi contoh sebab diorang ni peluk agama islam..

(ok ni selingan jer.. ni adiah dapat for my birthday on 9th march, from my lovely friend in india-mahira!! :) suka sangat!! thanks yer )
pastu metro tu pon sampai, kitorang pon masuk n duduk heheh.. kat dalam tu pon borak lagi pasal Islam, memang Allah lancarkan terus la kami punya conversation.. selama ni tak confidence pon nak ckp english tp time tu terus berubah.. siap tanya lagi dia taw ke kenapa kitorang pakai tudung walaupun diri sendiri tak sure nak cakap ape, bila dia cakap tak taw tu baru terasa padan muka memandai bg ques tp tak pandai nak explain.. cakpa je sikit2 yang mampu, yg first rasa macam di'protect' dari apa2.. then bgtaw yg only close family member je dpt tengok rambut kita cth ayah, abang, and spouse.. so macam preserve la dari orang lain, and ada jugak rasa special sebab certain orang jer taw apa ada dsebalik tudung hehehe.. 

pastu dia tanya pulak kenapa ada certain yg pakai burqa=purdah.. mula2 tak taw burqa tu apa sebab taw nama lain dia niqab so kat situ pon dah malu sikit.. lagi satu tak taw nak bagi jawapan apa sebab kita sendiri pon tak pakai.. tapi antara jwpn bg sebab biasanya orang2 cantik pakai nak protect dari laki2 pandang diorang, terus dia tanya yang tak pakai tu tak cantik ke? =_=' haish susah bila tak pandai nak jawab ni.. cakap balik kat dia mostly cantik and orang lain pon cantik jugak..  

next dengan lantangnya tanya dia opinion pasal label orang islam sebagai terrorist, ni pon soklan yg dalam kepala otak tak ada jawapan.. tapi bagus jugak dia jawab yang dia cakap sebenarnya orang guna religion as an excuse untuk kepentingan benda atau ada tujuan lain.. so tak patut cakap orang islam ni terrorist... anguk2 kat dia... bila dia tanya kita balik cakap terus yg agree dgn dia hehehehe.. tambah sikit yang tak semua orang islam baik perangainya, ada jugak yang salah praktis agama dll, tapi tak semua orang islam jahat.. mcam org lain jugak ada bad and kind people.. huh tak taw betul tak cakap tu..

before nak smpai khemah DIW tu bagi taw yang kitorang bukan nak suruh orang yang masuk dalam tu terus masuk Islam or pape tapi just untuk leraikan or jawab tentang apa yang dia confuse pasal islam..ok ni bila kitorang smpai and terjah khemah tu, time tu baru nak masuk maghrib so orang macam kelam kabut sikit nak pegi mosque, tapi still ada orang layan lagi.. mula2 masuk awkward jugak sebab segan nak jumpa orang kat dalam tu tapi bila kita segan mesti dia lagi segan.. so buat la muka tak malu kejap pegi approach orang kat situ.. diorang pon offer minum tea pastu ajak dia baca2 bahan pameran tu.. cakap jugak kat dia kalau nak tanya pape pasal islam boleh tanya brother yang tengah pandang kitorang, tapi dia cakap tak pe you are here to answer it.. terus macam errr.. dgn humblenya bagi taw yang my answers may be not the best answers  >.< 

bila dia baca bhn2 kat situ dia perasaan yg bila sebut Nabi Muhammad mesti ada pbuh (peace be upon him) kat belakang, dia tanya la kena baca ke tiap kali sebut nama Rasulullah, jwbla a ah kena baca tapi bukan maca pbuh tu, tapi baca salallahu alaihi wasallam.. terus dia tenganga sebab baca cepat sangat kat dia.. ulang balik, tapi still laju jugak, lebih kurang 3 4 kali baca kat dia sebb dia nak try baca, bila perasan baca laju sangat try baca one word by word.. baru la bleh ikut sikit.. hehe kelakar jugak bunyi dia baca tapi yang penting effort tu ada...

satu lagi interesting bila kitorang pegi booth yg buat khat.. ada brother tu tengah tulis nama sorang ni, bila taw free terus ajak dia skali untuk tulis nama... dia pun nak jugak taw nama dia dalam bahasa arab, berjaya jugak la dapat sorang satu nama, tapi lupa nak ambik gambar nama dia..

(hehe patut nor hazwani, ntah jadi nor khazwani lak, layan je la)
Alhamdulillah sempat jugak bagi satu buku yang interesting kat dia, buku tu ada semua pasal islam, women in islam, dan jugak scientific finding yang dijumpai sama dalam al-quran.. hopefully one day dia akan baca.. dia ada jugak tanya al-quran tu macam mana bentuk dia, kebetulan ada quran tafsir kecik kat situ terus tunjuk kat dia, ingat nak bagi tapi risau pulak takut nanti dia simpan quran tu kat tempat2 tak elok, so that's why bagi buku tu je.. lg pon byk colour2 dalam tu.. rasanya berminat nak baca kot..

(jeng jeng jeng!! ni la buku nya!, kita semua patut baca taw, best!! )
emm entri ni agak panjang jazakumullah kepada sape2 yang sudi baca, hopefully kalau ada salah silap boleh aje bagi taw.. inshaAllah next week 5hb april akan menunaikan umrah jika diizinkan-Nya, mohon doa permudahkan segala urusan rombongan kami di sana.. inshaAllah akan didoakan kejayaan di dunia dan di akhirat buat family,sahabat2, and tak lupa juga pembaca blog ini ^_^ ...amiin..



--->> "And give good news (O Muhammad) to those who believe and do good deeds, that they will have gardens (Paradise) in which rivers flow..." (2:25)


Monday, March 19, 2012

Part 1 : Memory with him

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah...rasanya dh lama xupdate  blog ni..maybe xsmpat, xda idea or malas..heheh
ok kali ni just nak share experience yg pernah alami..ceeh.. tp ni xdala segempak experience org lain.. sbnarnya kali ni dapat study partner yg best.. baik, xkedekut ilmu, n pling penting 'handsome' hehe..  tulis pasal dia ni mintak2 la dia xakan phm sbb dia mat saleh tp xda la nk mengumpat pon pasal dia.. kali ni mmg menguji tahap keimanan betul sbb xpernah la buat project betul2 ngan sorang laki..biasa kalo course work mesti dlm grup lebih dr dua orang.. haish susah jgk nak crite takot org salah phm... tp point kat sini sbnrnya nak crite cmne share my ilmu agama kat dia since dia ni sorang yg banyak tanya..
banyak sebenarnya barrier nak smpaikan islam yg best ni kat dia sbb before ni xda pon pikir cmne perlu jwb if org tye psl agama as ilmu tu cetek sgt.. tmbh lagi vocab english pon kurang... teruk gak la rasanya.. tapi cuba sedaya yg mungkin, banyak jugak soalan yg dia tanya salah tafsir tp alhamdulillah dia yg lebih explain soklan.. jwpn lak pendek jer >.< ,sbnrnya ayah dia priest tapi dia xpercaya sgt christian, dia ckp dia lebih kpd free spirit (xpercaya agama- atheist)  ni seingat soklan yg dia pernah tanya n pernah share dgn dia.

 time tu puasa masa pergi visit patient skali ngan dia, lepas tu dia pelik sebab biasa akan makan lunch time otw ke sana, so dia tanya la kenapa xmkn, jwbla puasa.. pastu dia ckp bukan ramadhan je ke puasa? pastu kagum sekejap sbb dia pandai sebut ramadhan and taw kita kena puasa time tu.. hmm .. pastu pikir punya pikir camne nak cakap puasa sunat dlm english akhirnya xterjwb sbb xtaw..
tp balas kat dia yang  puasa ari ni sebab before ni berdoa if dpat result baik akan puasa satu hari... to show that we truly grateful and depend to Him.. pastu ckp kat dia dpt la result baik tu.. dia pon tanya lagi, so u really sure that it is because of Him that u got good result? pastu terus cakap dgn confidentnya yes, yg kita betul2 percaya kita depend to Him the most.. terus perasaan muka dia macam kagum..tp tak tawla dlm hati dia pikir mcm mn..i'll try my best to give my sincerity answers to him.. 
pernah jugak tanya dia balik nape tak search agama lain if dia sendiri tak percaya sgt agama yg ayah dia bawak, pastu kalo tak silap dari pemahaman kita yang dia bgtaw macam tak nak terikat..macam susah nak change  his lifestyle especially suka minum arak.. 


sebenarnya banyak jugak dia taw pasal islam sbb dia ada tanya solat lima waktu kan? and start awal pagi kan? pastu bgtaw la dia yang start before sunrise, terkejut jugak macam mana boleh bgun awal pagi untuk solat.. dia pon ada terfikir, kalo summer pkol brape solat? so based on experience dulu bgtaw la yg start waktu solat pkol 2.30pg.. so solat subuh dulu before tidur.. sekali lagi dia mcm terkejut.. tp survive je if we totally devoted to Him.

banyak lagi nk crite pasal questions yg pernah came across tp maybe next entry if berkesempatan..sebenarnya yang part satu lagi sangat best! 
inshaAllah akan disharekan jugak satu hari nanti..

hidayah tu milik Allah tapi jika seseorang tu betul-betul nak berubah inshaAllah Allah akan permudahkan jalan untuknya.. hopefully he will get hidayah from Him and slowly can change his lifestyle so tak adala halangan nanti untuk dia berubah.. amiin.. and reminder for ourselves too yg perlu sentiasa tambah ilmu agama agar mantap so that dapat disampaikan kepada orang lain jugak.. :)

-->> "Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas." (2:212)