بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Alhamdulillah kita masih dikurniakan dengan pelbagai nikmat walaupun terdapat huru-hara kat Mesir.. Insha Allah tanah bumi anbiya itu akan dipelihara oleh Allah...kali ni bukan nak bercerita pasal apa yang berlaku kat Mesir tapi cerita pasal SAHABAT..
Orang cakap apa yang kita niatkan itulah yang kita akan dapat... Begitu juga realiti dalam bersahabat...Kalau kita berkawan dengan seseorang tu sebab dia kaya dan mahu menumpang kesenangannya, memang itu yang akan dapat contoh selalu dapat makan free, tambang free etc...Kalau kita berkawan dengan seseorang tu sebab dia pandai so nanti senang nak buat kerja..mmg senang la nk tiru notes dia...
Sebenarnya berkawan ni akan lebih manis jika disandarkan kepada Allah swt... Dulu pernah juga dengar n peringatan dari kawan-kawan bagitahu yang sayang kita kerana Allah... Dan semestinya setiap pertemuan ada perpisahan tetapi kan lebih elok ganti word 'goodbye' or 'selamat tinggal' kepada 'inshaAllah jumpa di syurga' kerana itu memang janji Allah untuk orang-orang yang beriman..
Itulah kelebihan jika seseorang itu berkawan kerana Allah swt, yakin dengan janji-Nya..
Selain itu, kita juga tidak berkira pun dengan mereka bila mereka perlukan bantuan sama ada dalam bentuk wang ringgit, makanan, pasal prob study etc...++ kita juga akan dapat saling menasihati ke jalan yg benar (kita buat salah, dia akan remind kita n bila nampak dia buat salah, kita remind balik)...Tapi sangat sukar untuk berkawan or mencari kawan yang betul2 menyayangi kita kerana Allah swt sebab setiap manusia ada agenda masing-masing...
(dua ekor nyamuk/ lebah yang bersahabat) |
Biasanya, sahabat yang betul2 kita rindu itulah yang kita sayang mereka kerana Allah (inshaAllah)..
Sebenarnya terdetik nak tulis pasal ukhuwah sebab hari ini terasa lagi bestnya bila buat something kerana Allah swt... Walaupun tadi ada sorang kawan ni buat kita terus moody n malas nak layan..tapi kuatkan semangat juga untuk elak syaitan duk kacau kita... last2 alhamdulillah berjaya juga sebab ajak n dapat solat jamaah sama2 untuk tiga waktu hari ni dan lepas solat + doa terus salam sambil saling minta maaf...mood jadi happy ^__^ Bila fikir-fikir balik, hopefully this is the way to love a friend because of Allah swt.. saling memaafi antara satu sama lain dengan sedar kelemahan diri sendiri...semoga ukhuwah ini terus berkekalan hingga akhirat...sesungguhnya syaitan itu amat dengki melihat manusia berkasih sayang kerana Allah Taala...
BTW hari ni juga akak yang second kahwin dengan pasangannya... Walaupun tak balik Msia n xdapat join event tu doa je dikirimkan.. semoga mereka berdua berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yag soleh n solehah... SELAMAT PENGANTIN BARU kak ja n abe puje!!
--->>> "... Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" (4:19)
Assalamualaykum,
ReplyDeletesaya syg awk!! inshaAllah kerana Allah!
hehe.. (^_^)
wslm wrt..
ReplyDeleteinshaAllah sama2 jumpa disyurga!!