Tuesday, May 1, 2012

Refleksi Umrah 6-14 Apr 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah walaupun dh lama xupdate, hari ni curi masa sikit nak update... Cuti easter sebulan hari tu even tak banyak revise alhamdulillah terisi dgn amal sebab diberi kesempatan untuk menunaikan umrah..
Ni just sekadar pengajaran/ panduan yang dapat dari pengalaman dan pemerhatian selepas berpeluang menjadi 'tetamu' Allah:

1) Berdoa banyak2 before bertolak ke sana (Mekah/Madinah)
Jangan sekadar cakap kat orang yg kita nak pegi sana tetapi mintaklah diorang berdoa untuk keselamatan & kemudahan kita semasa dan sepanjang berada di sana..jangan sekadar excited kutip kiriman doa dari kawan2.. Jangan confident sangat yg kita dapat buat semua amalan semasa kat sana nanti, sebab apa2 tu urusan-Nya, badan dan kesihatan kita juga adalah urusan Allah.. so jangan ingat kita ni tahan dari kena penyakit atau pape.. sebab tu kena banyak2 berdoa..  especially untuk akhawat sebab ada time yang kita tak leh buat solat, tawf dan puasa if kita 'period'. Even rasa time pergi tu memang waktu kita akan period, don't stop to pray to Him agar sentiasa suci masa kat sana.. jangan depends sgt nak ambik ubat2 sebab badan kita milik Allah, Dia yang jaga so berdoa banyak2..banyakkan solat hajat dan taubat before bertolak ke sana, ada jugak doa untuk tahan haid yg boleh dibaca juga..(tapi boleh je nak ambi ubat-depends kat orang jugak) Tapi bila dah period tu jangan rasa sedih sangat sebab Rasulullah saw pernah bersabda :

Aisyah meriwayatkan: "Kami keluar dari Madinah menuju ke Makkah untuk menunaikan haji. Apabila kami tiba di Saraf, aku didatangi haid. Rasulullah SAW masuk menemuiku ketika aku sedang menangis. Baginda bertanya: Kenapa kamu menangis? Adakah kamu didatangi haid? Aku menjawab: "Ya! Maka Baginda bersabda maksudnya: Sesungguhnya perkara ini (haid) sudah ditentukan Allah ke atas anak perempuan Adam. Maka, tunaikanlah apa saja yang biasa dikerjakan oleh seseorang yang mengerjakan haji, kecuali tawaf di Baitillah sehingga kamu suci." (Sahih al-Bukhari)

2) Perbetulkan niat sebelum dan semasa berada kat sana
Bila nak pegi sana, ramai sangat pesan jaga percakapan dan niat kena betul.. Sebabnya ingatla kita pergi sana bukan untuk melancong atau nak beli barang2 (kurma, jubah, etc) tapi kita pergi sana sebgai tetamu Allah untuk berdoa dan beribadat kpda-Nya yang tak semua berpeluang untuk ke sana waktu kita masih sihat dan kuat ni (tak kisah la tua ke muda) That's why niat kena betul sebab apa yg kita niatkan tu, itulah yg kita akan dapat..


(depan masjid nabawi- madinah)

3) Sentiasa beristighfar semasa berada kat sana & Jangan pikir banyak sangat
Sebabnya syaitan suka kacau kita punya hati, so banyak la rasa bila kat sana.. penatla, malasla, nak rehatla, panaslaahla, or pape yg tak elok sebenarnya.. Kalau penat, banyak2 mohon kat Allah biar kita dapat energy banyak sikit dan tak ingat pon penat tu.. Sebab kadang2 bila cuaca panas terik tu yg pikir nak duduk je diam2.. So dengan istighfar pon dapat hapuskan dosa2 kita instead buat kita sentiasa ingat kat Dia. :)
Bila terdetik benda yang tak baik pon kena istighfar cepat2.

Especially kalau orang tu ada sikap was-was, banyakla akan terganggu ibadatnya.. ni pon mainan hati je (so doa banyak2 depan Kaabah biar hilang perasaan was-was.. Based on my experience, selalu pikir betul ke cara buat ibadat ni/ rukun ni.. Ingat kita kena sentiasa yakin yang Allah akn terima ibadat kita.. atu lagi bila dah dalam ihram, akan ada larangan2 ihram yg kita kena jaga agar tak buat, so time ni la rasa rambut tercabut la, nak genyeh mata la(bulu mata tak leh cabut jugak), nak main2 ngan kuku la or pape yg boleh buat kita kena bayar dam.. sebenarnya benda tu kalo kita tak ingat, kita tak akan buat pon larangan2 ihram tu.. so make sure hati kena bersih, banyak2 doa sekali lagi..

4) Rebut peluang banyakkan berdoa sepanjang kat sana
Sebabnya tanah haram, doa2 kita senang dimakbulkan dan tiada hijab antara kita dengan Allah, so pape yg terdetik kat hati tu kenala baik2 sahaja.. teringat kat orang tu doa kat dia, teringat kat sape2 doalah... kalau doa yang orang pesan tu, tulisla takut lupa nanti... inshaAllah tak ada mudarat pon kat kita bila berdoa untuk orang lain.. jangan selfish nak doa untuk diri sendiri aje..


(night view from second floor at masjidil haram, Makkah)

5) Allah is near to us
Last sekali masa nak tinggalkan Mekah dan Madinah tu memang sayu dan sedih sangat sebab tak taw dapat peluang macam ni lagi ke tak untuk pergi ke sana.. But satu benda yang paling ingat ialah salah satu pengisian masa transit nak balik kat airport Tunisia, yang Allah ada kat mana-mana je.. so never stop praying to Him even tak berada kat Mekah.


Bagi sape2 yang baca ni, jangan rasa dalam hati yang kita tak mungkin dapat tengok Kaabah depan mata, tak ada duitla, atau pape pon sebab tu kehendak Allah. Kita kena berusaha juga ke arah tu dan jangan lose hope.. paling tidak berdoa dan pasang niat untuk sampai ke sana, InshaAllah Allah dengar doa hamba-hambaNya.. Semoga umrah dan ibadat saya dan sahabat2 lain diterima Allah, amiin ^_^ 

WaAllahu'alam

--->>"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh-tubuh kamu, dan tidak melihat kepada rupa-rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati dan amal-amal kamu" Hadis Riwayat Muslim


1 comment: