Monday, March 26, 2012

Part 2: That's not the End

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah berjaya jugak buat part 2 kali ni.. sape nak baca part 1 bleh tekan kat sini (part1) 
camne nak start yang ni ea.. tapi basically ni nak crite time kitorang punya last visit patient tu ..sedihnya :( dah last.. kebetulan time hari visit tu adalah time start minggu Discover Islamic Week (DIW) dekat kita punya universiti.. memang sangat kenalah timing dia..  

DIW tahun ni better dari last year sebab kali ni ada khemah besar depan student union kitorang, lagi satu tempat tu pon main place untuk student lalu lalang.. kat dalam khemah tu ada la orang yang ditugaskan  untuk layan sape2 yang masuk.. ada pameran, buku-buku islamic free dan ada snack free.. :) ada jugak talk tapi bukan kat dalam khemah tu...
So memang nak sangat ajak dia masuk kat dalam khemah tu..  dah aim la nak ajak dia masuk lepas kitorang punya visit.. nak ajak ni susah sikit sbb takut kena reject (sy ni orangnya akn terus down kalo orang reject pape)

(ni poster DIW baru-baru ni)
pastu masa on the way nak pegi tu konfirm akan lalu kat tempat tu, dengan beraninya ajak dia masuk dalam khemah tu bila dah nak balik nanti.. alhamdulillah respons pon baik, dia cakap ok, nak jugak taw apa ada kat dalam.. pastu dengan semangatnya cakap yang DIW ni interesting, bla bla2.. terus rasa tak sabar nak balik...

ok ni lepas abis visit patient tu.. kitorang biasanya akan naik metro aka ktm tapi ktm buruk sangat, ok lrt.. heheh, masa nak tunggu tu tak taw perasaan semangat nak cerita datang dari mana ntah tanya dia macam2.. dia pon tanya macam2..

first tanya kat dia, dia percaya ke pasal after life (akhirat), pastu dia cakap tak, dia cakap kalau mati, dah, tu the end untuk dia... pastu bagitaw kat dia yang first time ada kawan yang tak percaya after life,  masing-masing gelak hehehehe ok abaikan. then tanya dia balik kenapa tak percaya after life? dia bgtaw apa entah tapi basically dia bagi taw benda tu merepek je.. pastu tanya lagi so ape opinion orang yang percaya after life macam kita semua, ayat dia lebih kurang macam ni la : so what do you think about people believing in after life? you think we crazy or what.. haha sori la kalau cara tanya salah sebnarnya, dia punya jwpn dia cakap yang setiap orang ada kepercayaan masing-masing, so tak dala crazy ke ape..

dia ada tanya pernah ke belajar pasal agama lain, time tu macam blurr kejap sebab rasanya ambik pendidikan islam je kat sekolah, tp time kmb ada orang yg revert datang bagi talk, so cakap kat dia yang ada orang datang cerita experience dan buat comparison pasal agama lain, bila dia tanya kenapa orang tu revert, terus blank sebab tak ingat, arghh teruk jugak rasa time tu sebab tak dapat bagi contoh sebab diorang ni peluk agama islam..

(ok ni selingan jer.. ni adiah dapat for my birthday on 9th march, from my lovely friend in india-mahira!! :) suka sangat!! thanks yer )
pastu metro tu pon sampai, kitorang pon masuk n duduk heheh.. kat dalam tu pon borak lagi pasal Islam, memang Allah lancarkan terus la kami punya conversation.. selama ni tak confidence pon nak ckp english tp time tu terus berubah.. siap tanya lagi dia taw ke kenapa kitorang pakai tudung walaupun diri sendiri tak sure nak cakap ape, bila dia cakap tak taw tu baru terasa padan muka memandai bg ques tp tak pandai nak explain.. cakpa je sikit2 yang mampu, yg first rasa macam di'protect' dari apa2.. then bgtaw yg only close family member je dpt tengok rambut kita cth ayah, abang, and spouse.. so macam preserve la dari orang lain, and ada jugak rasa special sebab certain orang jer taw apa ada dsebalik tudung hehehe.. 

pastu dia tanya pulak kenapa ada certain yg pakai burqa=purdah.. mula2 tak taw burqa tu apa sebab taw nama lain dia niqab so kat situ pon dah malu sikit.. lagi satu tak taw nak bagi jawapan apa sebab kita sendiri pon tak pakai.. tapi antara jwpn bg sebab biasanya orang2 cantik pakai nak protect dari laki2 pandang diorang, terus dia tanya yang tak pakai tu tak cantik ke? =_=' haish susah bila tak pandai nak jawab ni.. cakap balik kat dia mostly cantik and orang lain pon cantik jugak..  

next dengan lantangnya tanya dia opinion pasal label orang islam sebagai terrorist, ni pon soklan yg dalam kepala otak tak ada jawapan.. tapi bagus jugak dia jawab yang dia cakap sebenarnya orang guna religion as an excuse untuk kepentingan benda atau ada tujuan lain.. so tak patut cakap orang islam ni terrorist... anguk2 kat dia... bila dia tanya kita balik cakap terus yg agree dgn dia hehehehe.. tambah sikit yang tak semua orang islam baik perangainya, ada jugak yang salah praktis agama dll, tapi tak semua orang islam jahat.. mcam org lain jugak ada bad and kind people.. huh tak taw betul tak cakap tu..

before nak smpai khemah DIW tu bagi taw yang kitorang bukan nak suruh orang yang masuk dalam tu terus masuk Islam or pape tapi just untuk leraikan or jawab tentang apa yang dia confuse pasal islam..ok ni bila kitorang smpai and terjah khemah tu, time tu baru nak masuk maghrib so orang macam kelam kabut sikit nak pegi mosque, tapi still ada orang layan lagi.. mula2 masuk awkward jugak sebab segan nak jumpa orang kat dalam tu tapi bila kita segan mesti dia lagi segan.. so buat la muka tak malu kejap pegi approach orang kat situ.. diorang pon offer minum tea pastu ajak dia baca2 bahan pameran tu.. cakap jugak kat dia kalau nak tanya pape pasal islam boleh tanya brother yang tengah pandang kitorang, tapi dia cakap tak pe you are here to answer it.. terus macam errr.. dgn humblenya bagi taw yang my answers may be not the best answers  >.< 

bila dia baca bhn2 kat situ dia perasaan yg bila sebut Nabi Muhammad mesti ada pbuh (peace be upon him) kat belakang, dia tanya la kena baca ke tiap kali sebut nama Rasulullah, jwbla a ah kena baca tapi bukan maca pbuh tu, tapi baca salallahu alaihi wasallam.. terus dia tenganga sebab baca cepat sangat kat dia.. ulang balik, tapi still laju jugak, lebih kurang 3 4 kali baca kat dia sebb dia nak try baca, bila perasan baca laju sangat try baca one word by word.. baru la bleh ikut sikit.. hehe kelakar jugak bunyi dia baca tapi yang penting effort tu ada...

satu lagi interesting bila kitorang pegi booth yg buat khat.. ada brother tu tengah tulis nama sorang ni, bila taw free terus ajak dia skali untuk tulis nama... dia pun nak jugak taw nama dia dalam bahasa arab, berjaya jugak la dapat sorang satu nama, tapi lupa nak ambik gambar nama dia..

(hehe patut nor hazwani, ntah jadi nor khazwani lak, layan je la)
Alhamdulillah sempat jugak bagi satu buku yang interesting kat dia, buku tu ada semua pasal islam, women in islam, dan jugak scientific finding yang dijumpai sama dalam al-quran.. hopefully one day dia akan baca.. dia ada jugak tanya al-quran tu macam mana bentuk dia, kebetulan ada quran tafsir kecik kat situ terus tunjuk kat dia, ingat nak bagi tapi risau pulak takut nanti dia simpan quran tu kat tempat2 tak elok, so that's why bagi buku tu je.. lg pon byk colour2 dalam tu.. rasanya berminat nak baca kot..

(jeng jeng jeng!! ni la buku nya!, kita semua patut baca taw, best!! )
emm entri ni agak panjang jazakumullah kepada sape2 yang sudi baca, hopefully kalau ada salah silap boleh aje bagi taw.. inshaAllah next week 5hb april akan menunaikan umrah jika diizinkan-Nya, mohon doa permudahkan segala urusan rombongan kami di sana.. inshaAllah akan didoakan kejayaan di dunia dan di akhirat buat family,sahabat2, and tak lupa juga pembaca blog ini ^_^ ...amiin..



--->> "And give good news (O Muhammad) to those who believe and do good deeds, that they will have gardens (Paradise) in which rivers flow..." (2:25)


2 comments:

  1. just noticed bout birthday card tu.. haha..

    ReplyDelete
  2. hehe tak de pape la.. sj je..mesti ko trharu kan?

    ReplyDelete